• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

TikTok sedang menguji pelan berbayar tanpa iklan, macam YouTube

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:51 pm
  • 03/10/2023
  • Komen
Tiada pilihan, TikTok akan terjah ruang privasi pengguna secara paksaan bermula 15 April
Share on FacebookShare on Twitter

Penggunaan TikTok sememangnya disertakan sekali bersama iklan kerana itu salah satu cara mereka untuk menjana pendapatan. Tetapi, TikTok kini sedang menguji cara baharu untuk membuangnya, dengan menawarkan pelan langganan tanpa iklan dengan bayaran bulanan.

Penemuan ini dijumpai oleh sumber dalam versi TikTok Android yang terbaru yang sedang dibangunkan. Sumber mendapati, sejurus membuka versi aplikasi terbaru, mereka menerima paparan langganan baru yang memberikan pilihan kepada pengguna sama ada pelan “standard” yang percuma atau “tanpa iklan” yang berharga USD4.99 (~RM23).



Selain itu, pelan tanpa iklan ini nampaknya hanya masih dalam fasa ujian kerana di dalam kod aplikasi, TikTok menyatakan “kami sedang menguji pelan tanpa iklan bersama komuniti TikTok”. Jadi, ini mungkin ujian terhad yang dilakukan oleh TikTok untuk menentukan sama ada ia akan dikeluarkan untuk khalayak ramai atau tidak.

Setakat artikel ini ditulis, TikTok masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai kewujudan pelan langganan tanpa iklan ini. Tetapi disebabkan ia dalam peringkat ujian, berkemungkinan harga akhirnya akan berbeza apabila ia dilancarkan kepada umum.



Langkah TikTok boleh dilihat sama seperti yang dilakukan oleh YouTube untuk langganan YouTube Premium, dengan mengenakan bayaran sebagai solusi untuk penggunaan tanpa iklan. Tetapi harga langganan YouTube Premium boleh dilihat lebih murah jika ditukar terus, dengan di Malaysia berharga RM17.90 sebulan.

[Sumber: Android Authorithy]

Tags: TikTok
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tiada pilihan, TikTok akan terjah ruang privasi pengguna secara paksaan bermula 15 April

TikTok sedang menguji pelan berbayar tanpa iklan, macam YouTube

3 October 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER