• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tiada penurunan harga ketara Unifi, pengguna sedia ada dinaiktaraf kelajuan

  • OLEH Najib
  • 8:29 pm
  • 04/10/2023
  • Komen
Tiada penurunan harga ketara Unifi, pengguna sedia ada dinaiktaraf kelajuan
Share on FacebookShare on Twitter

Telekom Malaysia (TM) hari ini mengumumkan penyelarasan harga untuk pelan jalur lebar fiber Unifi, seperti yang ditunggu ramai. Ia boleh dikatakan sebagai jawapan kepada kenyataan Menteri Komunikasi yang mengatakan harga pakej jalur lebar akan turun mendadak selepas September.

Tetapi penurunan harga ini tidaklah sebesar naik taraf turbo yang dinikmati rakyat Malaysia pada tahun 2018 dahulu. Sebaliknya, pengguna sedia ada akan diberikan naik taraf satu tahap pelan.



Tiada pelan murah, harga turun sedikit

Dalam pengumuman ini, TM dilihat tidak menurunkan harga terendah yang boleh dilanggan pengguna. Jika dahulu pelan terendah adalah 30Mbps RM89, kini ia menjadi pelan 100Mbps berharga RM99. Tetapi ada tawaran masa terhad diberikan untuk pelan tersebut iaitu hanya RM89 untuk pelan 100Mbps.

Berikut adalah harga baru pelan Unifi di Malaysia berbanding harga lamanya:



  • Unifi 100Mbps – RM129 RM99 (Promosi terhad RM89)
  • Unifi 300Mbps – RM149 RM139
  • Unifi 500Mbps – RM209 RM159
  • Unifi 1Gbps – RM289
  • Unifi 2Gbps – RM319

Semua harga ini tidak termasuk pek Unifi TV. TM memaklumkan akan mengemaskini tawaran terbaru mereka dengan pek Unifi TV. Untuk pelan 1Gbps dan 2Gbps, harga baru ini tidak lagi melibatkan langganan Unifi TV. Jadi pengguna berpeluang untuk melanggan pada harga lebih rendah berbanding sebelum ini.

Pengguna sedia ada terima naik taraf kelajuan

Bagi pengguna Unifi sedia ada, kesemuanya akan dinaikkan kelajuan ke satu tahap lebih pantas. Penggunaa 100Mbps akan dinaik taraf ke 300Mbps, manakala pengguna 300Mbps menerima kelajuan 500Mbps. Begitu juga pelan 500Mbps, dikemaskini menjadi pelan 1Gbps.

TM memaklumkan kenaikan kelajuan ini akan disediakan secara berperingkat kepada semua pelanggan dalam tempoh 3 bulan. Tiada perubahan harga.

Bagaimanapun, tiada naik taraf diberi kepada pelanggan pakej Perpaduan Jalur Lebar atau nama baru, Pakej Rahmah Unifi. Harganya kekal RM69/bulan dengan kelajuan 30Mbps serta kuota tanpa had.

Pakej talian mudah alih dan telefon 5G percuma

Di samping itu, TM juga akan menawarkan pakej gabungan pelan fiber, pelan mudah alih tanpa had kuota dan telefon 5G percuma pada harga RM149/bulan sahaja. Tetapi pelanggan perlu menandatangani kontrak selama 3 tahun untuk mendapatkan telefon percuma. Telefon yang disediakan dimaklumkan adalah serupa dengan Pakej 5G Rahmah.

Untuk maklumat lanjut tentang pengumuman ini, layari laman web Unifi.

Tags: MSAPUnifiunifi home
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Tiada penurunan harga ketara Unifi, pengguna sedia ada dinaiktaraf kelajuan

Tiada penurunan harga ketara Unifi, pengguna sedia ada dinaiktaraf kelajuan

4 October 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER