Sekiranya anda seorang power user Android, sudah tentu anda pernah menemui istilah seperti root, unlock bootloader dan SuperSU sepanjang anda mengunakan Android. Tapi dalam kes produk Android daripada Huawei, bootloader pada telefon ini dikunci kemas dan tidak boleh dibuka sekiranya anda ingin menjalankan proses root, melainkan anda memiliki kod nyahkunci.
Membuka bootloader pada telefon Huawei perlukan kod khas
Huawei pernah membenarkan produk mereka dibuka bootloadernya tetapi ia memerlukan kod khas yang boleh didapati daripada laman rasmi mereka sehingga 24 Julai 2018. Selepas tarikh itu tiada lagi cara untuk membuka bootloader.
Dengan bootloder yang terbuka, anda boleh memasang sistem operasi custom seperti LineageOS ini
Tapi ada sepasukan cerdik pintar dalam bidang ini yang menggelarkan diri mereka FunkyHuawei memaklumkan yang mereka mampu membuka bootloader sebarang produk Huawei dan honor.
We are now selling Huawei and Honor bootloader unlock codes as a new service. All Huawei / Honor phones, including new models supported. Money-back guarantee.
We are starting this on a limited trial basis, so it may not be available long.https://t.co/cknYy1EpZE
— FunkyHuawei (@FunkyHuawei) October 13, 2018
Walau bagaimanapun, perkhidmatan itu tidak didatangkan secara percuma. Anda perlu membayar sebanyak USD55 (~RM228) untuk mendapatkoan kod nyahkunci bootloader daripada mereka.
Tambah mencurigakan adalah anda perlu menunggu sehingga 14 hari lamanya untuk menerima kod tersebut dan pastinya urusan ini bergantung pada kepercayaan anda kepada FunkyHuawei semata-mata.
Tapi jika anda berjaya membuka bootloader, anda boleh melakukan banyak perkara menarik dengan telefon anda. Contohnya ada dalam video dibawah.