• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

5G & 4G Malaysia: Semak coverage telco anda dengan peta ini

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:15 pm
  • 09/10/2023
  • Komen
5G & 4G Malaysia: Semak coverage telco anda dengan peta ini
Share on FacebookShare on Twitter

Pernah tak anda tertanya-tanya telco mana yang ada line paling bagus dekat kawasan rumah anda? Atau anda sendiri terfikir untuk tukar ke line telco lain sebab line anda sekarang terlalu perlahan, tapi tak tahu telco mana yang ada line bagus? Jadi untuk bantu anda, dalam artikel ini saya akan terangkan bagaimana cara untuk menyemak line telco di rumah anda. Cara untuk cek line sebenarnya mudah sahaja. Terdapat tiga cara yang anda boleh cuba.

1. Laman liputan telco

Pertama sekali, anda boleh semak secara manual di laman web telco masing-masing. Setiap laman web telco akan ada laman khusus untuk memaparkan liputan mereka dalam bentuk peta bagi menentukan kawasan yang berada di bawah liputan.



Untuk semaknya, anda boleh menavigasi ke laman liputan, kemudian masukkan alamat dan anda boleh tengok di peta sama ada ia meliputi kawasan anda atau tidak. Ia akan menunjukkan peta dengan highlight warna untuk bezakan kawasan yang ada liputan 4G atau 5G. Jadi dari situ anda tentukan sama ada kawasan anda di bawah liputan 4G, 5G atau tak ada langsung.

2. Guna Opensignal

Untuk cara kedua, ianya lebih senang dengan menggunakan aplikasi. Anda boleh muat turun aplikasi OpenSignal yang terdapat di App Store dan Google PlayStore. Lancarkan aplikasi, di Android, di tab bawah anda boleh tekan ikon seakan lokasi di tengah belah kanan.



Setelah keluar paparan peta, anda tekan ‘View Network Stats’ di bahagian atas skrin, dan ia akan paparkan semua telco yang ada serta kelajuan muat turun dan muat naik bagi rangkaian 4G dan 5G, serta terdapat juga maklumat berkenaan latensi dan kekuatan signal jika tatal pada bahagian kiri.

Dengan ini, anda boleh kenal pasti telco mana yang memilikki sambungan internet paling laju dan paling bagus dekat rumah anda. Data ini diperoleh Opensignal daripada pengguna yang melakukan ujian kelajuan data menggunakan sesuatu telco di kawasan tu. 

3. Guna kad sim prabayar

Tapi katakanlah line anda terlalu perlahan hingga langsung tak boleh nak semak guna dua cara tadi, ada satu lagi cara yang lagi praktikal yang lebih dipercayai. Anda boleh beli sim prabayar yang harga biasanya RM10 dengan dapat bersama kredit prabayar. Anda beli data menggunakan kredit itu, kemudian uji di rumah atau tempat yang anda biasa pergi dalam masa 3 hari. Tengok sama ada line internet bagus atau tidak. Jika puas hati, baru tukar ke telco tersebut.

Cara ini memerlukan usaha yang lebih sedikit. Tapi ia merupakan cara terbaik untuk dapat hasil yang tepat kerana anda mengujinya sendiri secara fizikal berdasarkan pengalaman anda menggunanya. Jadi anda pastinya akan peroleh hasil yang tepat.

Tags: Open Signaltelco
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

LG Puricare™ AeroBooster: Penyelesaian udara bersih dan pintar untuk keluarga anda

23 May 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

Touch ‘n Go lancar kad TNG LED Edisi Terhad, boleh menyala setiap kali anda tap

28 May 2025
5G & 4G Malaysia: Semak coverage telco anda dengan peta ini

5G & 4G Malaysia: Semak coverage telco anda dengan peta ini

9 October 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

Pelan prabayar NX & UV baharu CelcomDigi ada lebih banyak data, FUP lebih tinggi

4 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER