• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tetikus & papan kekunci Logitech G PRO X ini sesuai untuk kaki gamers yang mahukan produk premium

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 5:10 pm
  • 10/10/2023
  • Komen
Tetikus & papan kekunci Logitech G PRO X ini sesuai untuk kaki gamers yang mahukan produk premium
Share on FacebookShare on Twitter

Dalam permainan PC, antara aksesori yang paling penting adalah papan kekunci dan tetikus yang dapat berfungsi dengan baik, betul tak? 

Jika anda mahukan sesuatu yang premium, dua produk keluaran Logitech G, tetikus permainan Logitech G PRO X SUPERLIGHT 2 dan papan kekunci Wayarles Logitech G PRO X TKL, sebuah jenama di bawah Logitech, harus kalian pertimbangkan.



Tetikus yang ringan & pantas

Tetikus permainan Logitech G PRO X SUPERLIGHT 2 merupakan peranti yang menawarkan prestasi terbaik, keselesaan dan hayat bateri yang panjang.

Ia dilengkapi Lightforce (suis hibrid) dan Lightspeed (teknologi wayarles) yang berfungsi pada jalur radio 2.4 GHz. Penyesuai wayarles boleh dipalamkan terus ke port USB 2.0 pada komputer. 



Selain masih kekal dengan bentuk dan geometri PRO Superlight generasi terdahulu dengan berat hanya 60gram, ia juga dilengkapi Sensor HERO 2 dengan resolusi sebanyak 32,000 dpi (titik per inci) yang dapat mencapai kelajuan maksimum melebihi 500 ips (inci sesaat).

Untuk meningkatkan prestasi, bahagian bawah tetikus menempatkan kaki PTFE aditif sifar. Ini dicipta untuk meningkatkan kelajuan tetikus semasa meluncur di atas meja anda dan meningkatkan keselesaan apabila menggunakannya.

Papan kekunci lebih berkuasa

Papan Kekunci Permainan Logitech G PRO X TKL LIGHTSPEED direka khusus buat gamers tegar yang mencari papan kekunci yang mampu memenuhi citarasa dengan pencahayaan RGB dengan LIGHTSYNC.

Merupakan papan kekunci wayarles, maka ia boleh disambungkan terus ke komputer dengan hanya menggunakan dongle USB (lightspeed) dan boleh beroperasi sehingga 50 jam penggunaan dan dicas semula jika perlu. Namun anda juga mempunyai pilihan untuk sambungan secara berwayar menerusi port USB-C.

Anda juga boleh terus bermain menggunakan papan kekunci di mana sahaja menggunakan suis kekunci seperti Tactile (GX Brown), Linear (GX Red) atau Clicky (GX Blue). Terdapat juga butang yang boleh diprogramkan serta sebuah roda kawalan media pada bahagian kanan atas.

Pilihan 3 warna menarik

Tersedia dalam pilihan warna merah jambu, hitam dan putih, anda boleh mendapatkan kedua-dua produk ini menerusi laman rasmi Logitech G di Lazada dan Shopee dengan harga:

  • Tetikus Permainan Logitech G PRO X SUPERLIGHT 2 – RM689.00
  • Papan Kekunci Permainan Logitech G PRO X TKL LIGHTSPEED – RM799.00.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk ini, layarilah website Logitech G.

Tags: Logitech GLogitech G PRO X SUPERLIGHT 2Logitech G PRO X TKL
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tetikus & papan kekunci Logitech G PRO X ini sesuai untuk kaki gamers yang mahukan produk premium

Tetikus & papan kekunci Logitech G PRO X ini sesuai untuk kaki gamers yang mahukan produk premium

10 October 2023
Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

Neko Missions oleh AEON Bank: Ganjaran menarik menanti setiap transaksi digital anda!

25 February 2025
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

TIPS: 5 Cara semak kiblat dengan tepat jika anda tidak jumpa arah kiblat

6 April 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER