• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Jom ke IOI City Mall untuk saksikan pemberian Huawei Watch GT 4 kepada pemenang Sukan Asia 2022

  • OLEH Najib
  • 3:54 pm
  • 13/10/2023
  • Komen
Huawei Watch GT 4 tiba dalam 2 saiz, mahu jadi aksesori fesyen dengan rupa berbeza daripada biasa
Share on FacebookShare on Twitter

Sukan Asia Hangzhou 2022 telah melabuhkan tirainya minggu lepas dan Malaysia telah berjaya mengutip 32 pingat, mengatasi sasaran 27 pingat dengan meraih 6 emas, 8 perak dan 18 gangsa. Sempena itu, Huawei Malaysia akan menghadiahkan jam tangan terbaru mereka, Huawei Watch GT 4 sebagai penghargaan buat atlet Malaysia.

Acara pemberian hadiah ini akan diadakan di Jelajah Huawei yang diadkaan di IOI City Mall, Putrajaya. Jelajah Huawei ini berlangsung dari 11-15 Oktober 2023, di lantai bawah West Court.



Jika anda mahu turut serta memeriahkan lagi acara pemberian ini, anda boleh hadir pada hari Sabtu, 14 Oktober 2023 pukul 2 petang. Huawei telah menjemput Menteri Belia dan Suka, YB Hannah Yeoh untuk merasmikannya. Selain itu, antara atlet Malaysia yang akan hadir adalah Dato’ Pandelela Rinong (Terjun), Ng Yan Yee (Terjun) dan Tan Cheong Min (Wushu).

Kepada yang berminat untuk memiliki jam pintar Huawei Watch GT 4, anda berpeluang menerima hadiah percuma bernilai RM580 apabila membuat tempahan di Jelajah Huawei di IOI City Mall.



Huawei Watch GT 4 dilancar dalam dua saiz, 46mm dan 41mm. Ia juga boleh didapati dalam pelbagai jenis tali jam seperti kulit, getah dan besi, dengan harga dari RM1,099. Huawei Malaysia kini menawarkan hadiah percuma berupa FreeBuds SE 2, tali jam EasyFit Fluoroelastomer, jaminan tambahan tahun ke-2, perlindungan kerosakan skrin 3-bulan dan muka jam edisi terhad.

Kenali juga Huawei Watch GT 4 dengan lebih lanjut dalam ulasan kami di video ini.

Bacaan Berkaitan

  • Huawei Watch GT 4, jam pintar canggih tapi lebih bergaya dengan harga berbaloi, hayat bateri 14-hari
  • Huawei Watch Ultimate Design, jam mewah edisi terhad berharga RM13,999, hanya 100 unit di Malaysia
  • Huawei MatePad 11 Papermatte, tablet pertama dengan skrin kertas anti silau dan lembut di mata
  • Huawei FreeBuds Pro 3, fon putik ANC dibantu konduksi tulang untuk bunyi lebih jelas
Tags: HuaweiHuawei Watch GT 4
Najib

Najib

POPULAR

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

Tune Talk Kini Lebih Dari Telco: Data, Drama & Game Semua Dalam Satu App

5 July 2025
Huawei Watch GT 4 tiba dalam 2 saiz, mahu jadi aksesori fesyen dengan rupa berbeza daripada biasa

Jom ke IOI City Mall untuk saksikan pemberian Huawei Watch GT 4 kepada pemenang Sukan Asia 2022

13 October 2023
Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

Jangan Kena Scam: Ini cara tebus bantuan SARA RM100 dengan MyKad anda

27 July 2025
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025
Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

Perbankan digital lebih selamat dengan AEON Bank, teknologi MSP sedia lindungi anda

19 February 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER