• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor Magic V2s diumum di China, Snapdragon 8+ Gen 1 dan kamera sedikit rendah spesifikasi

  • OLEH Hanif Azrai
  • 4:36 pm
  • 13/10/2023
  • Komen
Honor Magic V2s diumum di China, Snapdragon 8+ Gen 1 dan kamera sedikit rendah spesifikasi
Share on FacebookShare on Twitter

Honor di China telah mengumumkan telefon boleh lipat baharu iaitu Honor Magic V2s. Ia adalah versi “Lite” kepada Magic V2 yang telah mereka lancarkan dalam bulan Julai 2023 tempoh hari. Oleh sebab itu, daripada segi spesifikasi, banyak persamaan antara Magic V2s dengan Magic V2.

Spesifikasi Honor Magic V2s

Honor Magic V2s menggunakan engsel yang sama dengan Magic V2. Salah satu keunikan yang ditampilkan berbanding generasi sebelum ini adalah ia direka tanpa sebaran gear dan menggunakan materi titanium. Ketahanannya diuji sebanyak 400 ribu lipatan.



Telefon ini mempunyai paparan luaran sebesar 6.3” (2376×1060) dan paparan dalaman 7.92” (2344×2156). Kedua-duanya menggunakan panel OLED dengan cakupan gamut warna DCI-P3 sepenuhnya. Skrin ini turut digunakan pada Magic V2.

Beralih kepada papan utama, Honor Magic V2s diperkasa cip Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1. Ia tidak pula mewarisi Snapdragon 8 Gen 2 daripada Magic V2. Cip ini digandingkan dengan kombinasi RAM dan storan sama ada 12GB+256GB ataupun 16GB+512GB.



Untuk mengambil gambar, Magic V2s ada sistem trikamera belakang dan dua kamera selfie. Bermula dengan kamera belakang, ia ada kamera utama 50MP, kamera telefoto 20MP, dan kamera ultralebar 12MP. Dua kamera selfie yang dimilikinya mempunyai sensor 16MP, satu di bahagian skrin luar dan satu lagi skrin dalam.

Memberi tenaga kepada Honor Magic V2 adalah sistem bateri berkapasiti 5,000mAh yang diisi menggunakan blok 66W.

Honor Magic V2s di China dijual pada harga seperti berikut:

  • RAM 16GB + storan 512GB – RMB7,699 (RM4,985)
  • RAM 12GB + storan 256GB – RMB6,999 (RM4,532)

Sebagai perbandingan, Honor Magic Vs yang sedia ada di Malaysia dilancarkan pada harga RM5,999 dan hanya satu varian ditawarkan iaitu RAM 12GB dan storan 512GB.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: honorHonor Magic V2honor magic v2s
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Honor Magic V2s diumum di China, Snapdragon 8+ Gen 1 dan kamera sedikit rendah spesifikasi

Honor Magic V2s diumum di China, Snapdragon 8+ Gen 1 dan kamera sedikit rendah spesifikasi

13 October 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN