• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sarung telefon Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 tawar pilihan warna menarik & pelbagai fungsi

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 1:22 pm
  • 16/10/2023
  • Komen
Sarung telefon Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 tawar pilihan warna menarik & pelbagai fungsi
Share on FacebookShare on Twitter

Boleh tercalar hati bila telefon yang dibeli mahal-mahal ada kesan calar, betul tak? Jadi buat mereka yang ingin memastikan peranti sentiasa dalam keadaan baik dan terjaga, penggunaan sarung telefon adalah wajib!

Jika anda adalah pengguna Galaxy Z Fold5 atau Z Flip5 baharu, Samsung Electronic telah memperkenalkan barisan sarung telefon yang menarik dan sesuai untuk peranti anda.



Sarung telefon Galaxy Z Fold5 Slim S Pen: Rekaan cantik, S Pen pun tak hilang

Tampil rekaan langsing untuk menempatkan peranti dan S Pen dengan mudah. Hadir dengan pilihan warna menarik seperti hitam, kelabu dengan S Pen warna aprikot dan biru cair dengan S Pen warna kuning.



Dengan Sarung Galaxy Z Fold5 S Pen Slim, pengguna boleh mengeluarkan S Pen Fold dengan menekan butang di bahagian atas slot S Pen dan menyimpannya dengan mudah dengan meletakkan semula S Pen Fold ke dalam slot.

Sarung telefon Galaxy Z Fold5 Standing with Strap: Sesuai buat penggemar video

Apa guna ada telefon dengan skrin besar tapi tidak digunakan sepenuhnya, kan?

Jadi untuk memanfaatkan sepenuhnya skrin paparan Galaxy Z Fold5, sarung telefon Galaxy Z Fold5 dengan tali (strap) dan kickstand yang boleh ditukar, pastinya membolehkan anda menonton skrin penuh pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Sarung telefon ini ditawarkan dalam dua pilihan warna kelabu dan hitam.

Sarung telefon Galaxy Z Fold5 Eco-Leather: Rekaan premium

Untuk mereka yang mahukan sarung telefon yang tampak premium, sarung telefon kulit eko Galaxy Z Fold5 boleh dijadikan pilihan. Sarung dengan warna pilihan hitam dan biru cair ini mempunyai bahagian luar yang licin dan lapisan dalam yang lembut yang mencengkam telefon dengan baik.

Sarung telefon Galaxy Z Fold5 Clear: Rekaan minimalis

Ada pengguna yang menggemari sarung telefon yang ringkas untuk dapat melihat peranti mereka. Jika anda tergolong dalam kumpulan itu, maka sarung yang menampilkan reka bentuk lutsinar ini paling sesuai untuk anda.

Melengkapi sarung lutsinar ini adalah aksesori fleksibel, cincin, yang menawarkan pelbagai fungsi seperti membolehkan telefon ‘berdiri’ untuk memudahkan anda menonton video atau memudahkan telefon dipegang.

Sarung telefon Galaxy Z Flip5 Silicone Case With Ring: Kemasan lembut

Sarung silikon Galaxy Z Flip5 dengan cincin yang hadir dalam pilihan warna pudina, aprikot, lavender, ungu dan krim menggabungkan aspek fesyen dan fungsi. Dengan reka bentuk padat, kehadiran cincin membolehkan Galaxy Z Flip5 di bawa dengan mudah.

Sarung telefon Galaxy Z Flip5 Flap Eco-Leather Case: Perlindungan atas bawah

Seperti Galaxy Z Fold5, Flip5 juga ditawarkan dalam sarung telefon kulit eko dengan pilihan warna coklat-kelabu, hitam dan krim. Sarung telefon ini juga berfungsi untuk memastikan engsel Galaxy Z Flip5 sentiasa terjaga semasa penggunaan.

Sarung telefon Galaxy Z Flip5 Flap Eco-Leather mempunyai tekstur yang licin (kiri atas). Lapisan dalam sarung (kanan atas) memastikan Galaxy Z Flip5 pada tempatnya dan kepak (bawah) menutup engsel untuk memastikan ia dilindungi apabila dilipat atau dibuka.

Sarung telefon Galaxy Z Flip5 Clear: Telefon anda bintang utama

Warna telefon dah cantik, kenapa nak sorokkan? Jadi dengan sarung telefon warna lutsinar ini membolehkan warna telefon pintar anda menyinar. Seperti sarung untuk Galaxy Z Fold5, Flip5 juga dilengkapi dengan cincin sebagai aksesori fleksibel dan pelbagai guna.

Antara cara untuk menggunakan sarung telefon Galaxy Z Flip5 Clear.

Senarai harga sarung telefon

Kesemua sarung telefon ini mengandungi sekurang-kurangnya 15% kandungan kitar semula dan boleh dimiliki pada harga berikut:

  • Galaxy Z Fold5 Slim S Pen – RM 399.00
  • Galaxy Z Fold5 Standing with Strap – RM 269.00
  • Galaxy Z Fold5 Eco-Leather – RM 349.00
  • Galaxy Z Fold5 Clear – RM199.00
  • Galaxy Z Flip5 Silicone With Ring – RM 179.00
  • Galaxy Z Flip5 Flap Eco-Leather – RM 389.00
  • Galaxy Z Flip5 Clear – RM 149.00

Jika berminat untuk memiliki sarung telefon ini, anda boleh layari laman web Samsung untuk lebih maklumat lanjut.

Tags: galaxy z flip5Galaxy Z fold5
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Sarung telefon Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 tawar pilihan warna menarik & pelbagai fungsi

Sarung telefon Galaxy Z Fold5 dan Z Flip5 tawar pilihan warna menarik & pelbagai fungsi

16 October 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER