• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Qatar Airways guna Starlink untuk sediakan internet berkelajuan 350Mbps dalam pesawat

  • OLEH Najib
  • 6:04 pm
  • 16/10/2023
  • Komen
Qatar Airways guna Starlink untuk sediakan internet berkelajuan 350Mbps dalam pesawat
Share on FacebookShare on Twitter

Qatar Airways akan menjadi syarikat penerbangan terbesar bekerjasama dengan Starlink, untuk menyediakan perkhidmatan internet berkelajuan tinggi dan rendah kependaman di dalam pesawat. Ia akan memberi nilai tambah kepada perkhidmatan 5-bintang dalam penerbangan oleh Qatar Airways.

Dengan ini, Qatar Airways menjadi syarikat penerbangan terbaru menggunakan perkhidmatan Starlink, selepas JSX (AS), Hawaiian Airlines (AS), airBaltic (Latvia), and ZIPAIR (Jepun).



Buat masa ini, pengumuman ini hanyalah memberitahu kerjasama yang dijalinkan secara rasmi. Masih tiada maklumat mengenai tarikh pelaksanaan, jenis pesawat atau laluan penerbangan Qatar Airways yang akan dilengkapi perkhidmatan Starlink.

Apabila perkhidmatan Starlink mula digunakan, penumpang pesawat yang berkenaan akan dapat menikmati internet berkelajuan tinggi menerusi WiFi, sehingga 350Mbps. Ini membolehkan pelbagai perkhidmatan internet digunakan termasuk menstrim video, menonton kandungan, melayari internet, bermain game dan banyak lagi.



Jika Starlink berjaya menawarkan kelajuan internet 350Mbps dalam pesawat, ia akan mengatasi perkhidmatan lain yang serupa seperti Panasonic Aviation di dalam Malaysia Airlines pesawat Airbus A350, dengan kelajuan internet mencecah 75Mbps menggunakan High Throughput Satellite (HTS), atau sehingga 200Mbps menerusi eXtreme high Throughput Satellite (XTS).

[Sumber: Qatar Airways]

Tags: Qatar AirwaysStarlink
Najib

Najib

POPULAR

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

Galaxy A07: Telefon permulaan dengan storan besar & tahan lama, kini Percuma di CelcomDigi

10 November 2025
Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

Proton Saga MC3 2026 bakal dilancar pada 27 November

20 November 2025
5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

5 Terbaik: Jam pintar bawah RM1,000 dengan GPS, bateri tahan & ciri kesihatan lengkap

18 November 2025
Qatar Airways guna Starlink untuk sediakan internet berkelajuan 350Mbps dalam pesawat

Qatar Airways guna Starlink untuk sediakan internet berkelajuan 350Mbps dalam pesawat

16 October 2023
Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

Xiaomi akan lancar siri flagship Poco F8 pada 26 November ini

17 November 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER