Merupakan peneraju pasaran jualan barangan terpakai, Carousell kini telah memperkenalkan butang ‘Beli’ bagi platformnya di Malaysia yang menawarkan penyelesaian satu-klik untuk menjamin pembelian dan penjualan lebih mudah dan selamat.
Dengan ciri yang diperkenalkan ini membolehkan pengguna untuk terus menikmati pembayaran selamat melalui saluran yang dipertingkatkan seperti FPX, penghantaran bersepadu menerusi PosLaju serta polisi-polisi Perlindungan Pembeli (Buyer Protection).
Tapi apa yang menyebabkan ia menjadi lebih selamat apabila menggunakan ‘Buy’ ini ya? Kaedah ini dianggap selamat kerana pembeli membuat bayaran ke Carousell dahulu dan akan dapat menjejak penghantaran dalam aplikasi.
Selepas pembeli menerima barangan dan berpuas hati dengan pembelian tersebut, barulah Carousell akan membayar kepada penjual. Sekiranya tidak berpuas hati, barangan tersebut boleh dipulangkan dan akan terus dapat wang kembali. Bagi pihak penjual, cara ini pastinya akan dapat menyakinkan pembeli.
Untuk menggunakan ciri ini, pembeli hanya perlu menapis penyenaraian yang mempunyai label Perlindungan Pembeli, seperti membeli di laman e-dagang lain. Manakala penjual pula boleh memilih opsyen untuk mengaktifkan butang ‘Buy’ pada borang menjual apabila melakukan penyenaraian.
Selepas pembayaran dibuat dan maklumat pesanan akan dikongsi dengan penjual pada halaman maklumat pesanan bagi pengaturan penyempurnaan transaksi. Untuk pengguna yang memilih penghantaran bersepadu, butiran penjejakan pesanan akan dapat dilihat pada halaman maklumat pesanan.
Menurut Ketua Jabatan Barangan Am, Carousell Singapura dan Malaysia, Peh Jing Zhi, “Butang ‘Buy’ ini bukan sahaja memudahkan pengalaman membeli-belah barangan terpakai, tetapi juga membolehkan pengguna membeli-belah dengan lebih terjamin.”
Buy dan Menang
Bagi meraikan pelancaran butang ‘Buy’ ini, Carousell Malaysia mengadakan peraduan yang berlangsung dari 9 Oktober hingga 27 November 2023 dan menawarkan hadiah bernilai sehingga RM7,000 seperti:
- Konsol permainan video PlayStation5 (edisi cakera)
- Apple Watch 8 (45mm)
- Pembersih hampagas Dyson v8 slim
- DJI Osmo Mobile 6
- Kad Starbucks
Bagaimana nak merebut peluang memenangi hadiah tersebut?
Mudah sahaja, anda hanya perlu membuat pembayaran menggunakan butang ‘Buy’ dengan perbelanjaan minimum RM20 untuk kategori Fesyen, Hobi dan Mainan dalam tempoh kempen berlangsung.
Lebih banyak belian yang diakukan dengan menggunakan butang ‘Buy’, akan meningkatkan peluang anda untuk memenangi hadiah-hadiah menarik tersebut. Selain itu, anda juga perlu mengikuti mana-mana akaun media sosial Carousell.
Nak lebih info mengenai peraduan ini, anda boleh klik sahaja di sini.
Butang ’Buy’ kini terdapat di platform Carousell untuk pasaran Malaysia dan Singapura. Layari laman web Carousell bagi mendapatkan lebih maklumat.