• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Stesen EV di Hentian Behrang ini mungkin jadi penyelamat EV di musim perayaan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 3:04 pm
  • 18/10/2023
  • Komen
Stesen EV di Hentian Behrang ini mungkin jadi penyelamat EV di musim perayaan
Share on FacebookShare on Twitter

Gentari, salah satu jenama penyedia stesen EV terkemuka Malaysia, telah melancarkan stesen EV bantuan bateri dan solar pertama. Ia unik kerana ia menyalurkan elektrik kepada EV daripada sistem penyimpanan tenaga bateri (BESS) yang merupakan salah satu komponennya. Buat anda yang ingin melihatnya, lokasi stesen EV ini letaknya di Hentian Behrang (arah utara) Lebuhraya Utara-Selatan.

Gentari menggunakan BESS berkapasiti 300kWh untuk membekalkan tenaga kepada dua pengecas Kempower DC yang setiap satunya ada dua nozel untuk berikan kemampuan mengecas sehingga 4 EV serentak pada satu-satu masa. Bagusnya BESS ini adalah kapasiti tenaganya boleh diskalabesarkan apabila perlu kerana ia bersifat modular.



Disebabkan BESS mempunyai kandungan tenaga yang terhad, ia juga perlu dicas semula sebelum boleh membekalkan kuasa kepada EV. Untuk tujuan tersebut, ia boleh mengambil kuasa daripada panel solar yang berhampiran ataupun disambungkan kepada grid nasional untuk dicas. Gentari memaklumkan yang BESS di Hentian Behrang ini memerlukan sehingga 8 jam untuk dicas penuh.

Beralih kepada Kempower DC, Gentari meletakkan pengecas yang mampu bekerja pada tahap sehingga 200kW bergantung bilangan EV yang bersambung padanya pada satu-satu masa.



Stesen EV bantuan bateri dan solar ini mampu mengatasi beberapa isu yang dihadapi oleh stesen EV konvensional. Contohnya, sekiranya sesuatu kawasan itu mempunyai grid kuasa yang tidak

mampu menampung jumlah kuasa yang tinggi pada satu-satu masa, BESS boleh menyelesaikan. Ia ibarat memiliki tangki air sebagai unit storan.

Disebabkan ia bersifat modular, stesen ini boleh dicerakinkan dan dipasang di kawasan-kawasan kritikal terutamanya sewaktu musim perayaan.

Selain di Hentian Behrang, Gentari merancang untuk memasang stesen yang serupa di beberapa lokasi lain. Dalam masa terdekat, mereka menyenaraipendekkan Hentian Senawang (utara dan selatan), R&R Perasing dan Ajil (Utara & Selatan) di laluan LPT2.

Sebelum anda menyerbu Hentian Behrang untuk mengecas, perlu diingatkan yang stesen EV ini masih belum dibuka untuk orang awam dan masih dalam fasa percubaan.

Tags: EV MalaysiaGentariJomCharge
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Stesen EV di Hentian Behrang ini mungkin jadi penyelamat EV di musim perayaan

Stesen EV di Hentian Behrang ini mungkin jadi penyelamat EV di musim perayaan

18 October 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN