• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Oppo Pad 2 Malaysia: Skrin 144Hz dengan kuadspeaker Dolby Atmos pada RM2,599

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:48 pm
  • 19/10/2023
  • Komen
Oppo Pad 2 Malaysia: Skrin 144Hz dengan kuadspeaker Dolby Atmos pada RM2,599
Share on FacebookShare on Twitter

Bersama-sama dengan siri Oppo Find N3, jenama daripada China itu turut mengumumkan sebuah tablet berspesifikasi tinggi yang bernama Oppo Pad 2.

Harga Oppo Pad 2 di Malaysia

Oppo Pad 2 boleh menjadi milik anda pada harga RM2,599 dan sudahpun boleh dibeli di pengedar-pengedar berhampiran anda ataupun terus melalui gedung dalam talian Oppo.



Setiap pembelian akan menerim casing bernilai RM159, langganan Google One selama 6 bulan, dan langganan YouTube Premium selama 3 bulan. Anda turut boleh menyertai program PWP untuk dapatkan Oppo Pencil yang bernilai RM259 pada harga RM199 ataupun Oppo Smart Touchpad Keyboard bernilai RM399 pada harga RM299.

Spesifikasi Oppo Pad 2

Oppo Pad 2 adalah sebuah tablet berspesikasi flagship. Bermula daripada paparan, ia ada panel LCD sebesar 11.61” dengan nisbah 7:5. Pada resolusi 2800 x 2000, anda beroleh ruang kerja hampir segi empat sama yang luas.



Panel ini mempunya DeltaE kurang daripada 2 yang bermakna ia jitu warna. Kadar segar semula panel ini mencapai 144Hz.

Untuk makluman anda, paparan ini menerima pensijilan TUB Rheinland untuk kategori “Low Blue Light”. Katanya tidak akan jadi punca mata letih jika digunakan secara berpanjangan. Panel paparan yang mantap ini haruslah ada sistem audio yang sekufu.

Oppo berikan konfigurasi kuadspaker dengan teknologi Dolby Vision Atmos dan sokongan Hi-Res Audio untuk anda layan kandungan multimedia pada tahap premium.

Oppo Pad 2 menjalankan sistem operasi ColorOS 13.1 berasaskan Android 13. Ada satu ciri menarik yang diketengahkan oleh Oppo pada tablet ini.

Apabila tablet berada dekat dengan telefon Oppo yang tertentu, ia boleh berkongsi sambungan 5G secara automatik. Ia boleh lakukan memanggil dan menjawab panggilan telefon terus di skrin tablet tanpe perlu mengangkat telefon.

Pada sudut produktiviti, Oppo turut menyediakan Oppo Pad 2 Smart Touchpad Keyboard sekiranya anda perlukan papan kekunci fizikal untuk menaip dan juga stailus yang boleh melekat ke badan tablet secara magnetik. Namun, kedua-dua aksesori ini dijual secara berasingan.

Atas papan utama, tablet ini diperkasa SoC Mediatek Dimensity 9000 bersama-sama dengan RAM 8GB LPDDR5 dan storan 256GB UFS3.1. SoC ini boleh anda temukan pada telefon seperti Asus ROG Phone 6D. Satu kamera depan dan satu kamera belakang boleh digunakan untuk mengambil gambar sekiranya perlu. Kamera belakang diberikan sensor 13MP manakala kamera depan menerima sensor 8MP.

Tablet besar pastinya ada bateri besar. Kapasiti bateri yang dimiliki Oppo Pad 2 adalah 9,510mAh. Tangki bateri gergasi ini diisi menggunakan blok pengecas 67W SuperVOOC yang disediakan di dalam kotak.

Anda boleh layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut.

Tags: androidoppooppo padOppo pad 2tablet
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Oppo Pad 2 Malaysia: Skrin 144Hz dengan kuadspeaker Dolby Atmos pada RM2,599

Oppo Pad 2 Malaysia: Skrin 144Hz dengan kuadspeaker Dolby Atmos pada RM2,599

19 October 2023
Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

Nak layan final Piala Dunia FIFA 2026 beramai-ramai? Ini lokasi tayangan skrin besar percuma sekitar KL & Selangor

17 July 2026
Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

Harga rasmi Samsung Galaxy Z Fold 8 Ultra, Fold 8 & Z Flip 8 di Malaysia bocor dalam talian

21 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

Samsung Galaxy Z Flip 8 rasmi: Rekaan lebih nipis, bateri 4,300mAh & FlexWindow lebih pintar

22 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN