• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Apakah maksud dual band GPS di smartwatch?

  • OLEH Putra Aziz
  • 9:34 pm
  • 20/10/2023
  • Komen
[Reviu] Amazfit T-Rex 2: Spesifikasi menaik bersama harga, adakah masih berbaloi?
Share on FacebookShare on Twitter

Ada pelbagai jam pintar di pasaran sekarang dengan fungsi GPS terbina dalam jam. Boleh dikatakan GPS adalah salah satu aspek penting yang perlu ditengok jika anda menggunakan jam untuk tujuan kecergasan. Tetapi, mungkin ramai yang masih tidak pasti apakah fungsi GPS dalam jam pintar.

Untuk pengetahuan anda, terdapat model GPS yang ada single band ataupun dual band. Tetapi apakah maksud single band atau dual band, atau adakah ia sama sahaja?



Sebelum itu, saya nak ceritakan apa fungsi GPS terbina di jam pintar. GPS di jam pintar berfungsi untuk menjejak kedudukan pemakai, berapa jauh jarak larian, menjadi navigasi dan menjejak laluan yang pemakai guna untuk pelbagai aktiviti. Dengan GPS terbina juga tidak memerlukan pengguna untuk membawa telefon pintar bersama jika bersukan, kerana ia boleh di jejak secara terus dari jam pintar.

Single band dan dual band/multiband GPS secara kasarnya adalah jalur yang terdapat pada GPS yang boleh menerima signal dari satelit. Single band GPS boleh menerima satu jalur frekuensi dari satelit, manakala dual band boleh menerima jalur frekuensi dua atau lebih banyak. Kelebihan dual band GPS adalah ia mampu untuk jejak kedudukan dengan lebih konsisten dan tepat terutamanya di kawasan hutan yang dilitupi pokok-pokok atau bandar yang penuh dengan bangunan.



Ini adalah kerana dual band GPS dapat menjejak dua radio signal dari satelit dalam dua frekuensi berbeza bagi megurangkan penjejakan yang tidak tepat disebabkan oleh struktur kawasan yang mencabar. Dual band GPS juga memiliki ketepatan kedudukan yang lebih kecil, lebih kurang 2 meter berbanding 5 meter di single band membolehkannya mengesan signal satelit dengan lebih baik.

Secara ringkasnya, single band ini mempunyai kelemahan di mana ia lambat mengunci lokasi apabila nak mulakan penjejakan, dan data lokasi yang di jejak mungkin akan berterabur apabila banyak halangan. Ini tidak seperti dual band yang mampu untuk mengunci lokasi dan menjejak dengan lebih tepat, tetapi kekurangannya ia kuat makan bateri. Sebab itu ada jam yang boleh ditetapkan untuk ubah ke single band supaya lebih jimat bateri, atau menggunakan dual band untuk lebih tepat.

Sebelum ini pun, Najib pernah menguji menggunakan Garmin Forerunner 265 yang ada GPS multiband. Ia boleh rekod lokasi dengan cantik. Tetapi apabila menggunakan Garmin Venu SQ dan Garmin Instinct yang ada single band, lokasi dijejak menjadi berterabur walaupun tiga jam digunakan dalam larian sama.

Apa kelebihan jam dengan GPS Multi-Band/Dual-Frequency macam Garmin Forerunner 265? Ia dapat jejak lokasi lebih tepat.

Laluan sama, 2 pusingan, 3 jam Garmin tapi hasil berbeza 😅

Jemput tonton reviu kami:https://t.co/x3lSfWor7A#AvenueK #AKBalloonRun#Garmin #Forerunner265 pic.twitter.com/UmtYicidcI

— SoyaCincau (BM) (@SoyaCincauBM) August 20, 2023

Pendek kata, dual band ni lebih bagus untuk anda yang pentegar sukan. Tetapi sudah tentu dengan harga yang lagi mahal. Namun jika anda ada bajet yang ketat, single band pun dah memadai untuk keperluan kecergasan anda.

Tags: Dual band GPSjam tangan gpsSingle band GPS
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

[Reviu] Amazfit T-Rex 2: Spesifikasi menaik bersama harga, adakah masih berbaloi?

Apakah maksud dual band GPS di smartwatch?

20 October 2023
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN