• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

iPad Pro baharu berkuasa Apple M3 dan skrin OLED akan tiba seawal Mac 2024?

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:53 am
  • 23/10/2023
  • Komen
iPad Pro 2022 diperkasa Apple M2, boleh tangkap dan edit video ProRes sekali harung
Share on FacebookShare on Twitter

Apple dikatakan akan melancarkan iPad baharu termasuklah versi iPad Pro, iPad Air dan iPad generasi ke-11 sekitar Mac 2024. Tetapi apakah mungkin kemas kini yang dilakukan oleh Apple untuk iPad yang akan dilancarkan nanti?

iPad Pro paparan lebih jelas

Tablet versi paling mewah keluaran Apple ini dikatakan akan dijana dengan cip generasi baharu M3 dalam pilihan 13 inci atau 11 inci. iPad ini juga merupakan tablet pertama yang dilengkapi dengan skrin OLED, sekali gus menjanjikan paparan dan warna yang lebih terang.



Malah dikatakan iPad Pro baharu ini juga akan didatangkan dengan papan kekunci Magic Keyboard yang diperbaharui dengan pad jejak yang lebih besar.

231023-Apple-iPad

Kali terakhir iPad Pro dilancarkan pada 2022 dengan menggunakan cip M2 dengan pilihan skrin 12.9 inci dengan paparan Liquid Retina XDR atau 11 inci dengan paparan Liquid Retina. Harga semasa bagi iPad Pro ini adalah serendah RM3,899 untuk 128GB.



iPad Air saiz lebih besar

Apple dijangka akan memperkenalkan tablet dalam saiz yang lebih besar dengan paparan 12.9 inci, menjadikan ia iPad Air terbesar setakat ini. Model baharu ini juga dijangka akan dikuasakan dengan cip M2. Ada kemungkinan juga iPad Air akan menawarkan pilihan model berasingan dengan skrin yang lebih kecil.

231023-Apple-iPad

Untuk iPad Air generasi ke-5 telah diperkenalkan pada Mac 2022 dengan skrin paparan Liquid Retina 10.9 inci. Ia dijana cip M1 dan menyokong penggunaan Apple Pencil generasi-2 dan Apple Pencil USB-C. Harga semasa untuk iPad Air 64GB adalah RM2,899.

iPad generasi ke-11

Suka diingatkan juga bahawa Apple juga sentiasa mengemas kini iPad ini setiap tahun sejak 2017. Jadi apakah mungkin akan ada iPad generasi ke-11 yang akan dilancarkan tahun ini?

Antara pembaharuan yang dijangkakan pada iPad ini adalah penggunaan port pengecas USB-C dan manakala Apple Pencil pula mungkin akan diganti dengan generasi ke-2.

231023-Apple-iPad

Untuk makluman iPad generasi ke-10 yang dilancarkan pada Oktober 2022 ini menggunakan cip A14 Bionic dengan pilihan storan antara 64GB dan 256GB. iPad ini adalah penggunaan skrin paparan Liquid Retina Display seluas 10.9 inci. Harga semasa untuk iPad generasi ke-10 ini adalah serendah RM1,999 untuk 64GB.

Besar kemungkinan kita akan menyaksikan sekurang-kurangnya satu iPad akan diperkenalkan tahun ini. Namun adakah ia iPad Pro, iPad Air atau iPad generasi ke-11, semuanya masih kekal menjadi persoalan. Sama-samalah kita nantikan.

[Sumber: Bloomberg, MacRumors, SE Asia]

Tags: Apple iPadapple ipad airapple ipad pro
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
iPad Pro 2022 diperkasa Apple M2, boleh tangkap dan edit video ProRes sekali harung

iPad Pro baharu berkuasa Apple M3 dan skrin OLED akan tiba seawal Mac 2024?

23 October 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER