• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Garmin Tactix 7: Kalau James Bond ejen sebenar, ini mungkin jam tangan pilihannya

  • OLEH Hanif Azrai
  • 12:40 pm
  • 30/10/2023
  • Komen
Garmin Tactix 7: Kalau James Bond ejen sebenar, ini mungkin jam tangan pilihannya

tactix 7 OLED - Lifestyle Photography

Share on FacebookShare on Twitter

Garmin mengemas kini siri Tactix 7 mereka dengan pengenalan versi AMOLED. Pengguna di Malaysia boleh dapatkannya pada harga RM6,930. Sekiranya anda inginkan sebuah jam tangan gaya risik, inilah model yang perlu anda dapatkan kerana ia dilengkapi seribu satu ciri yang bolehkan anda berlagak seperti James Bond.

Anda boleh dapatkan Tactix 7 secara dalam talian di Lazada, Shopee, AECO e-Store, ataupun semua pengedar sah Garmin di seluruh negara.



Tactix 7 sebelum ini mempunyai panel paparan jenis LCD transflektif. Tapi kini ia ditukar kepada AMOLED yang katanya beri kejituan warna dan resolusi yang lebih tinggi. Skrin ini cukup cerah untuk dibaca di bawah cahaya matahari terang dan boleh juga dimalapkan sehingga 1 nits sekiranya berada dalam situasi kritikal, seperti mengelak daripada dikesan orang lain.

Dalam gelap juga, keseluruhan antara muka jam tangan ini boleh berukar menjadi merah. Paparan berasaskan warna merah lebih mesra mata apabila berada di dalam gelap. Lebih menarik, Tactix 7 ada lampu suluh berwarna putih dan hijau untuk bantu pemakai melihat di dalam gelap apabila perlu.



Sama macam Tactix 7 sebelum ini, ia kekal lasak dengan pensijilan MIL-STD-810 yang mengesahkan kalis gegaran, jatuh, dan suhu yang ekstrim. Bingkai jam tangannya diselaputi bahan sekeras berlian manakala muka jam diperbuat daripada kaca nilam.

tactix 7 OLED – Lifestyle Photography

Tactix 7 menyatupadukan ciri yang boleh anda jumpa pada siri Fenix dan Epix. Selain taktikal, Tactix 7 juga adalah sebuah jam tangan penjejak kesihatan. Macam-macam sensor hadir untuk memungut data-data biasa. Apabila mengembara, pemakai boleh mengguna pakai ciri navigasi berpeta dan peta topografi.

tactix 7 OLED – Lifestyle Photography

Pemakai yang berada dalam industri aeroangkasa, beberapa fungsi siri Marq juga ada seperti penerima insyarat radar NEXRAD, tekanan barometer, dan kelajuan angin. Penerjun payung juga boleh gunakan ciri HALO untuk merekod dan bantu mereka cari tempat pendaratan.

Hayat bateri dilaporkan sehingga 31 hari lamanya dan sangat bergantung kepada mode mana jam tangan ini beroperasi. Paling pendek adalah 17 jam dengan kesemua sistem satelit terpasang sambil mendengar muzik.

Tags: garminGarmin Tactix 7
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

realme 15 Pro: Peneman AI Terbaik untuk Setiap Detik Malam

18 September 2025
eKYC sebelum 20 Disember 2024 atau akses TNG eWallet anda dihalang

BUDI95: Ini cara beli RON95 pada harga RM1.99/L guna TNG eWallet

23 September 2025
Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

Yes tawar iPhone 17 Pro paling mampu milik di Malaysia, dapatkan sekarang

20 September 2025
Garmin Tactix 7: Kalau James Bond ejen sebenar, ini mungkin jam tangan pilihannya

Garmin Tactix 7: Kalau James Bond ejen sebenar, ini mungkin jam tangan pilihannya

30 October 2023
Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

Gabungan ketahanan, kelancaran & gaya dalam satu telefon, itulah OPPO A6 Pro 5G

24 September 2025
Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

Honor X9d 5G dilancar: Telefon tahan lasak IP69K, bateri 8,300mAh & dapat percuma tablet

24 September 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER