• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Huawei Watch GT & TalkBand B5 masuk Malaysia bulan depan

  • OLEH Najib
  • 2:17 pm
  • 30/10/2018
  • Komen
Huawei Watch GT & TalkBand B5 masuk Malaysia bulan depan
Share on FacebookShare on Twitter

Jam pintar Huawei Watch GT yang dikatakan boleh bertahan sehingga 14 hari lamanya, akan tiba di pasaran Malaysia pada 6 November akan datang. Ia dilancarkan sebaris dengan keluarga Huawei Mate 20 di London dua minggu lepas tetapi tiba sedikit lewat berbanding telefon pintar tersebut.

Watch GT

Terdapat dua jenis Huawei Watch GT akan dijual di Malaysia. Tiada yang berbeza dari segi fungsi atau saiznya, tetapi ia memiliki jenis tali jam yang berlainan. Classic menggunakan tali jam diperbuat dari kulit berwarna cokelat, manakala Sport pula diperbuat dari getah berwarna hitam.



Harga jualannya adalah seperti berikut:

  • Huawei Watch GT Classic – RM999
  • Huawei Watch GT Sport – RM899

Skrin Huawei Watch GT berukuran 1.39-inci, berbentuk bulat dan menggunakan paparan AMOLED. Sebagai jam pintar, ia memiliki fungsi seperti pemantau aktiviti kecergasan, GPS terbina di dalam, notifikasi dan lain-lain. Cuma, ketiadaan aplikasi pihak ketiga merencatkan sedikit kepintarannya.



Daya tahan baterinya selama 14 hari dikatakan untuk penggunaan biasa yang merangkumi pemantauan degupan jantung sepanjang masa, bersama aktiviti kecergasan selama 90 minit seminggu. Jika pemantauan degupan jantung dipadam, jam ini boleh hidup sehingga 30 hari untuk menerima notifikasi seperti mesej dan panggilan.

Untuk pengguna ekstrem, yang mahukan pengesanan aktiviti kecergasan berterusan, pemantauan degupan jantung serta GPS dihidupkan, Huawei Watch GT boleh bertahan sehingga 22 jam. Satu jangka masa yang agak lama dengan kebolehan seperti ini.

Bagi penggemar sukan air, tiada masalah untuk menggunakan Huawei Watch GT kerana ia kalis air sehingga 50 meter atau 5ATM. Memantau aktiviti berenang di kolam renang juga lebih mudah bersama jam pintar ini.

TalkBand B5

Selain Huawei Watch GT, Huawei Malaysia juga akan menjual satu lagi peranti kecergasan, Huawei TalkBand B5 pada akhir bulan November depan. Seperti Watch GT, ia juga datang dalam dua jenis tali, kulit berwarna cokelat dan getah berwarna hitam dengan harga:

  • Huawei TalkBand B5 Cokelat – RM699
  • Huawei TalkBand B5 Hitam – RM599

TalkBand B5 merupakan peranti 2-dalam-1, di mana ia adalah gelang kecergasan yang boleh dipakai di tangan, dan boleh dikeluarkan menjadi set kepala audio Bluetooth. Skrin AMOLEDnya berukuran 1.13 inci boleh memaparkan pelbagai info dan notifikasi.

Ia memiliki pemantau degupan jantung TruSeen 2.0 sepanjang masa, serta pemantau waktu tidur TruSleep Tracking untuk gaya hidup yang lebih berkualiti. Baterinya boleh bertahan sekitar 3 hari dan ia kalis air dan debu IP57.

Huawei Watch GT dan TalkBand B5 serasi digunakan bersama peranti berasaskan Android 4.4 ke atas serta iOS 9.0 ke atas. Untuk maklumat lanjut, layari laman produk Huawei Watch GT dan TalkBand B5.

Tags: HuaweiHuawei Malaysiahuawei talkband b5huawei watch gtTalkBand B5Watch GT
Najib

Najib

POPULAR

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

Yes perkenal Jalur Lebar 5g advanced pertama di Malaysia, datang bersama percuma iQIYI satu tahun

13 January 2026
AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

AI ubah cara rakyat Malaysia bekerja, Galaxy AI jadi alat produktiviti dalam poket

30 December 2025
Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

Now Brief di Galaxy S25: Ciri yang mudahkan hidup tanpa anda sedar

24 December 2025
AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

AI dalam fotografi: Bagaimana telefon pintar ubah cara kita ambil gambar hari ini

31 December 2025
Huawei Watch GT & TalkBand B5 masuk Malaysia bulan depan

Huawei Watch GT & TalkBand B5 masuk Malaysia bulan depan

30 October 2018
Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

Redmi Note 15 5G & 4G tiba, telefon bawah RM1,000 ada bateri 6,000mAh & kamera 108MP

15 January 2026

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER