• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita Pengangkutan Automotif

Honda Sensing 360+ terima dua komponen baharu, tambah baik keselamatan pemanduan

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:39 am
  • 18/11/2023
  • Komen
Honda Sensing 360+ terima dua komponen baharu, tambah baik keselamatan pemanduan
Share on FacebookShare on Twitter

Honda mengumumkan teknologi keselamatan kenderaan baharu yang dikenali sebagai Honda Sensing 360+. Seperti namanya, menggunakan asas Sensing 360 sedia ada dengan beberapa naik taraf yang katanya boleh membantu mengurangkan beban pemanduan.

Honda Sensing 360+
Honda Sensing 360+

Bagi terus menjadikan pemanduan lebih selamat dan selesa, mereka memasukkan komponen kamera pemandu untuk memantau keadaan di dalam kabin bagi mengurangkan kemalangan yang disebabkan kecuaian pemandu secara amnya ataupun khususnya kerana tidak cukup kompeten untuk memandu. Honda turut memasukkan ciri satelit penjejak (GNSS) beresolusi tinggi untuk membantu kenderaan bernavigasi.



Ciri utama Honda Sensing 360+

Seperti yang dikatakan tadi, ia masih mengekalkan sebahagian besar ciri sedia ada seperti:

  • Advanced In Lane Driving dengan Hands-off Capability: Ia membantu kenderaan untuk kekal di dalam laluan dan kelajuan yang selamat walaupun tangan pemandu tidak berada di stereng.
  • Active Lance Change Recommendation: Sistem akan mencadangkan pertukaran laluan berdasarkan data persekitaran dan sekiranya pemandu mengesahkannya, sistem akan mengendalikan segalanya daripada nyalakan lampu isyarat sehinggalah memusingkan stereng.
  • Predictive Curve Depature Warning: Sistem ini mengurangkan risiko overshoot dengan cara memutuskan pecutan enjin apabila mengesan kenderaan keluar daripada laluan sewaktu selekoh.
  • Exit Warning: Amaran diberikan sekiranya terdapat halangan sewaktu pintu ingin dibuka.
  • Driver Emergency Support System: Kenderaan boleh diberhentikan secara selamatan sekiranya sistem mengesan pemandu tidak berada dalam keadaan yang baik untuk memandu.

Honda Sensing 360+ akan mula menular dalam kenderaan Honda seawal 2024 dihului dengan model Accord di China.



Sumber: Honda

Tags: hondahonda sensing 360+
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
Honda Sensing 360+ terima dua komponen baharu, tambah baik keselamatan pemanduan

Honda Sensing 360+ terima dua komponen baharu, tambah baik keselamatan pemanduan

18 November 2023
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN