• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Snapdragon 7 Gen 3: Naik taraf minimum di CPU tapi 60% di bahagian lain

  • OLEH Hanif Azrai
  • 9:25 am
  • 20/11/2023
  • Komen
Snapdragon 7 Gen 3: Naik taraf minimum di CPU tapi 60% di bahagian lain
Share on FacebookShare on Twitter

Keluarga SoC Snapdragon kelas pertengahan Qualcomm kini ada ahli baharu melalui penyertaan Snapdragon 7 Gen 3. Seperti biasa, ia membawakan penambahbaikan daripada segi kelajuan teras pemproses dan yang lebih penting, integrasi teknologi AI yang lebih mendalam.

Snapdragon 7 Gen 3: 6 teras A715 kelajuan sehingga 2.63Ghz

Bermula dengan seni bina, Snapdragon 7 Gen 3 masih mengekalkan penggunaan fabrikasi TSMC N4 (4nm) seperti sebelumnya. SoC kali ini hadir dengan 8 teras yang dibahagikan dalam konfigurasi kluster 1+3+4.



Tidak seperti Snapdragon 7+ Gen 2 yang gunakan teras siri X untuk kluster berkuasa tinggi, Snapdragon 7 Gen 3 menggunakan A715 untuk kluster yang sama dan untuk kluster tengah yang masing-masing dibezakan dengan clockspeed (2.63Ghz vs. 2.40Ghz). Teras cekap tenaga masih kekal dan didukung oleh A510 1.8Ghz.

Jabatan CPU tidak banyak berubah namun di GPU, Qualcomm memaklumkan yang ia adalah 50% lebih baik berbanding sebelumnya. Tidaklah diketahui dengan model apakah pengeluar ini membandingkannya. Lebih baik, SoC ini juga membawkaan naik taraf kecekapan tenaga pada sudut pemerosesan AI 60% lebih baik berbanding sebelumnya.



Snapdragon 7 Gen 3: Modem 5G X63 yang baharu

Pada sudu ketersambungan, Snapdragon 7 Gen 3 dilengkapi modem 5G yang lebih baharu iaitu Qualcomm X63. Ia mempunyai jalur perpindahan seluas 5Gbit/s. Ketesambungan LTE didapati tiada perubahan iaitu pada 1.2Gbit/s

Menurut Qualcomm lagi, peranti pertama yang memperagakan Snapdragon 7 Gen 3 akan masuki pasaran dalam tahun 2023 juga. Antara jenama yang dipetik adalah seperti Honor dan Vivo. Mari kita nantikan peranti apakah yang akan dilancarkan kedua-dua pengeluar ini.

Sebagai rujukan, SoC sebelum ini, Snapdragon 7+ Gen 2, telefon pertama yang masuki Malaysia bertunjangkan cip itu adalah Poco F5 yang dijual pada harga RM1,399.

Sumber: Qualcomm

Tags: QualcommQualcomm Snapdragon 7 Gen 3snapdragon 7snapdragon 7 gen 3
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Snapdragon 7 Gen 3: Naik taraf minimum di CPU tapi 60% di bahagian lain

Snapdragon 7 Gen 3: Naik taraf minimum di CPU tapi 60% di bahagian lain

20 November 2023
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN