• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OnePlus 12 akan dilancar pada 4 Disember, guna sensor kamera Sony Lytia baharu

  • OLEH Putra Aziz
  • 3:39 pm
  • 21/11/2023
  • Komen
OnePlus 12 akan dilancar pada 4 Disember, guna sensor kamera Sony Lytia baharu
Share on FacebookShare on Twitter

OnePlus telah mengumumkan mereka akan melancarkan sekuel telefon flaghsip terbaru mereka, OnePlus 12 pada 4 Disember 2023 di Shenzen, China. Pelancaran ini bersempena dengan ulang tahun ke-10 jenama OnePlus, yang asalnya ditubuhkan pada Disember 2013 oleh Pete Lau dan Carl Pei.

Dalam hantaran di Weibo, OnePlus menyatakan majlis pelancarannya akan berlangsung pada pukul 7 malam di China. Mereka juga mengatakan OnePlus 12 akan datang adalah “telefon flagship pada dekad ini”.



Sementara itu, OnePlus juga menyertakan poster menunjukkan CEO Pete Lau berdiri di atas jam di hadapan pukul 12, dengan jarum menghala ke arah jam 10. Ini mungkin merujuk kepada nombor model dan pelancarannya yang berlangsung pada bulan 12, serta ulang tahun mereka yang ke 10.

Ini bermakna pelancaran OnePlus 12 akan diadakan sebulan lebih awal daripada biasa berbanding OnePlus11 yang diperkenal pada bulan Januari tahun ini. Perlu tahu yang pelancaran ini hanya untuk pasaran China, dan setakat ini masih tiada khabar tentang pelancarannya untuk peringkat global.



Tetapi jika dilihat pada pelancaran OnePlus 11 yang dilancar di China pada Januari tahun ini dan kemudian pelancaran globalnya pada Februari, berkemungkinan besar pelancaran global untuk OnePlus 12 akan diadakan sebulan kemudian, iaitu sekitar Januari 2024.

Sumber: MySmartPrice

Tiada maklumat rasmi berkaitan spesifikasi yang didedahkan oleh OnePlus. Namun, berdasarkan apa yang diperkata atas talian, OnePlus 12 dijangka akan dikuasakan cip Snapdragon 8 Gen 3. Panel paparannya akan menggunakan skrin OLED LTPO sebesar 6.82 inci, dengan kadar penyegaran sehingga 120Hz.

Ia juga akan menerapkan penggunaan sistem kamera baharu menggunakan sensor dwi-lapisan bertindan Sony Lytia yang sama terdapat di OnePlus Open. Kapasiti baterinya dikatakan telah dinaiktaraf untuk lebih besar pada 5,400mAh, dan akan mengembalikan sokongan pengecasan wayarles 50W yang terdapat pada model OnePlus 10 Pro.

OnePlus 12 juga akan memiliki pengecasan sama seperti OnePlus 11 setelah ia muncul di laman pensijilan di China, menunjukkan ia menyokong pengecasan berwayar 100W dan hadir bersama kepala pengecas 11V/9.1A.

[Sumber: 9to5Google]

Tags: OnePlusOnePlus 12
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

OnePlus 12 akan dilancar pada 4 Disember, guna sensor kamera Sony Lytia baharu

OnePlus 12 akan dilancar pada 4 Disember, guna sensor kamera Sony Lytia baharu

21 November 2023
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

Sony Xperia 1 VIII rasmi di Malaysia: Harga RM6,499, pembeli awal dapat WF-1000XM6 percuma

4 August 2026
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

Perodua turunkan harga Axia sehingga RM4,700, kini bermula RM33,900

3 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN