Hari yang ditunggu sudah tiba iaitu pengumuman harga jualan untuk siri Smart #1 di Malaysia. Sebanyak tiga varian ditawarkan untuk pengguna kita iaitu Pro, Premium, dan Brabus.
Harga Smart #1 di Malaysia
Smart #1 rasmi di Malaysia. EV ini ditawarkan dalam tiga varian dan berikut adalah harga OTR tidak termasuk insurans:
- Smart #1 Pro – RM189,000
- Smart #1 Premium – RM219,000
- Smart #1 Brabus – RM249,000
Pada segi jaminan, anda dapat:
- 8 tahun/200,000km pada bateri
- 8 tahun/150,000km pada komponen voltan tinggi
- 4 tahun ke atas kenderaan
- 2 tahun ke atas alat ganti
- 24/7 bantuan kandas
Anda juga dapat 5 perkara ini:
- smartCharge Home Charger (RM3,200)
- Penyesuai V2L (RM800)
- Pakej aksesori (RM2,000)
- 5 tahun data Internet berjumlah 60GB
- Insurans Perlindungan smartPlus
Smart #1 Pro, Premium, & Brabus
Smart # Pro & Premium
Dalam kalangan tiga variasi Smart #1 yang ditawarkan di Malaysia, Pro memiliki spesifikasi paling asas. Smart #1 Pro menggunakan motor elektrik 200kW (268hp) dengan tork 343Nm sama seperti variasi Premium. Motor itu membolehkan pecutan abad dilakukan dalam masa 6.7 saat dengan kelajuan maksimum dihadkan pada 180km/j.
Walau variasi Pro & Premium berkongsi motor elektrik yang sama, beberapa kompromi harus dilakukan bagi memungkinkan tanda harga sebegitu.
Yang pertama adalah, kapasiti bateri dikecilkan kepada 49kWh lantas diterjemah kepada jarak kembara yang lebih singkat iaitu 315km (WLTP). Sebagai perbandingan, Premium dibekalkan bateri 66kW dengan jarak kembara 440km (WLTP).
Kompromi yang seterusnya adalah spesifikasi pengecasan AC. Ia cuma boleh menerima kuasa AC pada paras 7.2kW sedangkan Premium 22kW. Mujurlah sistem pengecasan DC masih dikekalkan spesifikasi iaitu 150kW. Dengan pengecas EV, baterinya boleh diisi daripada 10% kepada 80% dalam masa 22 minit sahaja.
Ciri V2L juga disediakan untuk kemudahan dengan jumlah beban yang mampu ditanggun adalah sehingga 3,300W.
Seterusnya adalah ketiadaan lampu depan jenis Matrix LED dengan Adaptive High Beam, jeriji depan bercahaya, logo sisi bercahaya, malah pintu but belakang juga tiada motor elektrik. Kompromi juga boleh anda kesan pada bahagian kabin.
Contohnya tiada kerusi pemandu dengan salur angin. Kemudian, ia juga tiada paparan head-up dan sistem audionya adalah versi asas 5 unit berbanding 13 unit speaker berteknologi Beats dengan jumlah output 640W.
Daripada segi ciri bantu pandu, suit lengkap pada Premium/Brabus, varian Pro telah buang fully autonomous parking, parking emergency brake, dan autonomous parking assist.
Smart #1 Brabus
Smart #1 Brabus, dengar nama pun dah tahu. Ini adalah varian paling atas dan pastinya berprestasi paling tinggi. Perbezaan di luar yang boleh anda nampak adalah bahagian hud depan ada komponen seperti airscoop. rodanya dengan rekaan rim berbeza dan saiz tayar 19”, kaliper brek juga berwarna merah tapi bukan brembo. Brabus juga ada spoler berwarna merah.
Mungkin macam tak berguna sangat, tapi Smart #1 Brabus ada fungsi lightshow kalau anda nak tayang kereta baru anda depan kawan-kawan. Malahan, anda juga boleh pasang bunyi enjin petrol palsu di dalam kabin kalau pemanduan anda terlalu senyap.
Di bahagian dalam, ada banyak logo-logo Brabus kelihatan di bahagian kabin. Contohnya, di bahagian sandar kepala. Jahitan menggunaan benang merah dan lampu dalaman merah juga adalah unik kepada Brabus.
Daripada segi prestasi, varian Brabus dipacu dua motor elektrik yang berikan output berjumlah 315kW (422hp) dan 542Nm tork. Ia pecut daripada 0 kepada 100km/j dalam masa 3.9 saat sahaja.
Sebagai perbandingan, dua lagi varian lebih rendah iaitu Pro dan Premium ada motor 200kW (268hp) dengan 343Nm tork. Prestasi tinggi berbekalkan kapasiti bateri yang sama macam varian lebih bawah bermakna jarak kembaranya adalah lebih pendek.
Apabila perlu dicas, Smart #1 Brabus menyokong input DC pada paras 150kW manakala 22kW bila pengecas AC digunakan. Ia spesifikasi sama pada Smart #1 Premium. Varian Pro pula menyokong 150kW DC tapi untuk AC, ia cuma mampu terima 7.2kW sahaja.
Smart #1 Brabus ada jarak kembara 400km sedangkan variasi Premium sehingga 440km. Varian yang lebih rendah daripada Premium ialah Pro yang ada jarak kembara 315km kerana kapasiti bateri yang lebih kecil berbanding varian Pro. Sebagai kesimpulan, Smart #1 Premium ada satu motor dan jarak kembara 315kmm. Smart #1 Premium ada satu motor bateri lebih besar dengan jarak kembara 440km. Smart #1 Pro, ada dua motor, lebih pantas, bateri sama macam Pro, jarak kembara turun 400km.
Dengan ini, lengkaplah sudah tiga varian Smart #1 yang akan masuki Malaysia. Yang tinggal sekarang adalah maklumat harga dan bilakah ia akan dijual.
Bacaan berkaitan
Smart #1 akan dijual Proton pada akhir tahun ini tetapi boleh dilihat sekarang