• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Skrin telefon retak dan pecah? Ganti lebih murah di Realme Care sekarang

  • OLEH Najib
  • 6:53 pm
  • 21/11/2023
  • Komen
Skrin telefon retak dan pecah? Ganti lebih murah di Realme Care sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Skrin telefon retak atau pecah merupakan salah satu masalah yang sering menimpa peranti. Walaupun begitu, kebanyakan orang akan terus menggunakannya kerana harga penggantian skrin telefon sangat mahal tetapi masih dapat berfungsi dengan baik.

Jika anda pengguna Realme dan berminat untuk menggantikan skrin telefon pada harga lebih murah, anda boleh melakukannya sekarang.



Realme Care Malaysia selaku pasukan sokongan kini menawarkan penggantian skrin telefon Realme pada harga lebih rendah dari biasa. Tawaran ini tidak meliputi semua model terutama model terbaru, tetapi ada banyak model lama disenaraikan.

Berikut adalah harga penggantian skrin untuk model yang terdapat dalam tawaran Realme Care Malaysia:



  • Realme 5i – RM180 RM108
  • Realme 7i – RM230 RM140
  • Realme 7 5G – RM230 RM129
  • Realme 7 Pro – RM300 RM175
  • Realme X7 Max – RM240 RM156
  • Realme 8 5G – RM210 RM113
  • Realme 8 – RM240 RM140
  • Realme 8i – RM185 RM112
  • Realme 9i – RM210 RM102
  • Realme 9 Pro 5G – RM250 RM104
  • Realme Narzo 10A – RM170 RM125
  • Realme Narzo 30A – RM170 RM106
  • Realme Narzo 30 5G – RM210 RM113
  • Realme Narzo 50i Prime – RM140 RM71
  • Realme Narzo 50 – RM185 RM112
  • Realme Narzo 50A Prime – RM200 RM98
  • Realme GT Master Edition – RM340 RM207
  • Realme GT Neo 2 – RM400 RM230
  • Realme GT 2 Pro – RM750 RM390
  • Realme GT – RM240 RM156
  • Realme C35 – RM200 RM98
  • Realme C30 – RM140 RM71
  • Realme C30s – RM130 RM72
  • Realme C33 – RM140 RM71
  • Realme C3 – RM170 RM125
  • Realme C11 – RM150 RM88
  • Realme C15 Qualcomm Edition – RM150 RM88
  • Realme C21 – RM145 RM79
  • Realme C20 – RM145 RM79
  • Realme C21 Y – RM150 RM80
  • Realme C25s – RM160 RM91
  • Realme C25 Y – RM160 RM86
Harga penggantian skrin telefon Realme

Menurut Realme Care Malaysia, tawaran ini bermula dari hari ini, 21 November 2023 sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak. Bagaimanapun, ia hanya tersedia selagi stok masih ada.

Sehubungan itu, mereka yang berminat untuk menukar skrin menerusi tawaran ini dinasihatkan menghubungi segera Realme Care Malaysia di talian 1-800-81-8018 untuk membuat temujanji.

Pastinya dengan skrin baru yang tidak lagi retak dan pecah memberikan perasaan ibarat mendapat telefon baru. Tunggu apa lagi, bertindak sekarang.

[Sumber: Realme]

Tags: RealmeRealme Care
Najib

Najib

POPULAR

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

​​Sehari bersama SmartThings di siri Galaxy Z: Hidup lebih mudah, keselesaan lebih hebat

28 August 2025
Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

Siri iPhone 17 & iPhone Air Malaysia: Ini senarai harga, tempahan dibuka mulai 12 September

10 September 2025
Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

Kenapa FlexWindow Galaxy Z Flip7 buat telefon lipat jadi lebih praktikal dari sebelum ini

14 August 2025
Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

Samsung Galaxy Z Fold7 & Flip7: Kamera bertaraf “Pro” dalam poket anda

21 August 2025
LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

LG DUALCOOL AI Air: Penyaman udara pintar yang jaga suhu, bil elektrik & keselesaan harian anda

6 August 2025
Skrin telefon retak dan pecah? Ganti lebih murah di Realme Care sekarang

Skrin telefon retak dan pecah? Ganti lebih murah di Realme Care sekarang

21 November 2023

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER