• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Dana Digital ID RM80 juta untuk MIMOS, penting untuk beri subsidi kepada rakyat

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 4:11 pm
  • 22/11/2023
  • Komen
231122 Digital ID
Share on FacebookShare on Twitter

Peruntukan awal sebanyak RM80 juta diberikan kerajaan kepada pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) MIMOS Berhad (MIMOS), sebagai agensi pelaksana program Identiti Digital Nasional (IDN) atau Digital ID.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan itu akan disalurkan kepada MIMOS oleh Kementerian Kewangan dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi menyegerakan program berkenaan.



“Saya mendapat jaminan bahawa ia dapat disegerakan dalam tempoh tiga bulan dari sekarang dengan syarat kerajaan meluluskan peruntukan”, ujar beliau ketika mengadakan lawatan rasmi ke MIMOS Berhad di Taman Teknologi Malaysia.

Beliau turut memberi jaminan bahawa selain peruntukan awal, beberapa peraturan kelulusan lain yang berkaitan dengan program Digital ID juga akan diselesaikan sebelum akhir bulan ini.



Keperluan untuk ada Digital ID

Mesti ada yang tertanya-tanya, penting sangat ke Digital ID ini sampai kerajaan bagi peruntukan RM80 juta, betul tak?

Kalau anda nak tahu, Digital ID ini penting sebab ia akan digunakan untuk membantu kerajaan melaksanakan program subsidi bersasar serta program lain yang dirancang untuk rakyat Malaysia.

Ia adalah sistem pengesahan diri secara digital. Ia berdasarkan ciri-ciri biometrik seperti cap jari, pengecaman wajah, iris dan maklumat demografi seperti nama dan sebagainya.

Dengan Digital ID, ia akan membolehkan identiti seseorang individu disahkan di ruang siber untuk melakukan transaksi dan mengakses perkhidmatan seperti e-kerajaan, e-dagang dan perbankan pada bila-bila masa melalui peranti elektronik.

Tetapi Digital ID ini bukanlah pengganti MyKad yang berfungsi untuk membuktikan kewarganegaraan. Sebaliknya sebagai pelengkap dalam bentuk pengenalan digital yang boleh digunakan ketika transaksi digital.

Jadi dekat sini, kita boleh nampak kenapa perlu disegerakan program Digital ID, sekurang-kurangnya selepas ini kalau ada pemberian subsidi, hanya golongan yang benar-benar layak sahaja akan mendapatnya, tiada lagi yang boleh ambil kesempatan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program Digital ID ini, anda boleh layari laman web MIMOS.

[Sumber: Bernama, MCMC]

Tags: Digital IDMIMOSMIMOS Berhad
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231122 Digital ID

Dana Digital ID RM80 juta untuk MIMOS, penting untuk beri subsidi kepada rakyat

22 November 2023
OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

OPPO perkenal ColorOS 17: Lebih lancar, bawa keupayaan AI ke tahap baharu

15 October 2026
iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

iPhone Duo kini rasmi di Malaysia, barisan di Apple Store TRX jauh lebih lengang

23 October 2026
Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

Tak perlu bersesak di JPN, gantian MyKad boleh dibuat melalui aplikasi MyGov!

20 October 2026
iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

iPad Mini 2026 Malaysia: Skrin OLED 8.5″, cip A20 Pro & iPad pertama kalis air

27 October 2026
Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

Siri Vivo X500 Malaysia: Kamera ZEISS 200MP, bateri 7,800mAh harga dari RM4,699

27 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN