• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Honor X7b kini rasmi dengan bateri besar 6,000mAh dan kamera 108MP

  • OLEH Putra Aziz
  • 12:19 pm
  • 02/12/2023
  • Komen
Honor X7b kini rasmi dengan bateri besar 6,000mAh dan kamera 108MP
Share on FacebookShare on Twitter

Honor secara rasminya telah memperkenalkan telefon kelas permulaan terbaru dalam siri X mereka, Honor X7b. Pelancarannya dilakukan secara global, dan ia merupakan sekuel kepada telefon Honor X7a yang dilancar di Malaysia pada awal tahun ini.

Ia membawakan rupa yang seakan sama dengan model Honor X7 dan X7a terdahulu, tapi dengan beberapa perubahan terutamanya dari segi rekaan skrin, sistem kamera dan juga keupayaan pengecasan.



Spesifikasi Honor X7b

Honor X7b mempunyai paparan LCD rata 6.8 inci pada resolusi HD Penuh, dengan kadar penyegaran 90Hz. Skrinnya juga menerima pengesahan TUV Rheinland untuk cahaya biru rendah. Terdapat lubang kamera di tengah-tengah skrin menempatkan kamera hadapan, dan bukannya takuk U seperti Honor X7a.

Mengkuasakannya adalah cip Qualcomm Snapdragon 680 yang digandingkan dengan RAM sehingga 8GB dan storan sehingga 256GB. Storan boleh diperluas dengan adanya slot kad mikroSD. Sejurus keluar kotak, ia menjalankan sistem operasi Magic OS 7.2 berasaskan Android 13.



Tenaga telefon disalur oleh bateri berkapasiti 6,000mAh dan memiliki sokongan pengecasan 35W melalui USB-C. Tiada sokongan pengecasan wayarles.

Bahagian pengimejannya dipacu oleh tiga kamera belakang. Kamera utamanya mempunyai sensor 108MP dengan bukaan apertur f/1.8, bersama kamera ultra lebar 5MP f/2.2 dan juga kamera makro 2MP. Lubang kamera hadapan menempatkan kamera selfie 8MP f/2.0.

Antara ciri lain yang boleh ditemui adalah pengimbas cap jari di butang kuasa, jek audio 3.5mm, Bluetooth 5.0, NFC, dan 4G. Ia datang dalam tiga pilihan warna iatu perak, hijau dan hitam. Di Amerika Syarikat, ia dilancarkan pada harga USD249 (~RM1,163).

Setakat ini, tiada maklumat pelancaran untuk pasaran tempatan. Tapi disebabkan Honor membawa masuk Honor X9b ke Malaysia, jangkakan Honor X7b ini turut akan tiba di pasaran kita juga nanti.

[Sumber: GizmoChina]

Bacaan berkaitan

  • Honor X9b, telefon sangat teguh dan lasak dilancar dengan hadiah percuma bernilai RM978
  • Honor X5 Plus telefon lebih murah dengan bateri besar, kamera 50MP dan skrin 90Hz
  • Honor X8a, miliki kamera 100MP di bawah RM1,000
Tags: honorHonor X7b
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Honor X7b kini rasmi dengan bateri besar 6,000mAh dan kamera 108MP

Honor X7b kini rasmi dengan bateri besar 6,000mAh dan kamera 108MP

2 December 2023
Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

Penggabungan Maxis-U Mobile: Apa kesannya kepada pengguna di Malaysia?

2 November 2026
RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

RedMagic tawar tablet gaming Astra 2 versi rasmi SIRIM di Malaysia dari RM3,399

31 October 2026
Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

Tuju akhirnya “baiki” isu navigasi di Android dengan cara yang sangat menarik

3 November 2026
Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

Honor Pad X7b, tablet 4G mampu milik dengan skrin 2K & bateri 8,000mAh kini di Malaysia

30 October 2026
CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

CelcomDigi dan ZK Racing Team bekerjasama lahirkan generasi baharu pelumba Malaysia

29 October 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN