• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Gemini lebih maju dari GPT-4, anda boleh cuba di Google Bard sekarang

  • OLEH Hanif Azrai
  • 5:53 pm
  • 07/12/2023
  • Komen
Gemini lebih maju dari GPT-4, anda boleh cuba di Google Bard sekarang
Share on FacebookShare on Twitter

Google mengumumkan mereka telah berjaya bagunkan model AI yang paling maju setakat ini dengan pengenalan Gemini. Model AI ini sedang disebarluaskan ke seluruh pelosok produk Google termasuklah Google Bard dan telefon Google Pixel.

Kenapa Gemini model AI termaju?

Google menggelarnya model AI termaju disebabkan ia adalah model multimodus. Ia boleh memproses data dalam bentuk teks, kod, imej, dan video. Ia menjadikannya model AI yang lebih versatil berbanding model-model sebelum ini yang hanya mampu memproses data berbentuk teks.



Tidak setakat versatil, ia juga mencatatkan skor tertinggi dalam banyak penanda aras model AI. Ia model AI pertama yang melangkaui skor 90 peratus dalam ujian MMLU (massive multitask language understanding). Sebagai perbandingan, skor terhampir dengannya adalah yang dicapai model GPT-4 86.4 peratus.

Malahan, Gemini mencatatkan markah tertinggi dalam 17 daripada 18 ujian penanda aras yang dijalankan ke atasnya dalam pelbagai kategori.



Google Gemini hadir dalam tiga saiz

Google mempakejkan Gemini dalam tiga varian iaitu:

  • Gemini Ultra – model paling komprehensif untuk mengendalikan data kompleks
  • Gemini Pro – model yang boleh disuaikan mengikut keperluan dan selesaikan pelbagai arahan
  • Gemini Nano – model yang paling ringkas, sesuai untuk peranti mudah alih

Google Bard kini memanfaatkan Gemini Pro untuk hasilkan jawapan balas yang lebih semula jadi serta mampu memahami konteks dengan lebih mendalah. Ia adalah naik taraf Bard paling besar setakat ini oleh Google. Namun, buat masa ini ia cuma menyokong bahasa Inggeris untuk lebih 170 negara.

Kemudian, Gemini Nano akan disalurkan kepada barisan Pixel 8 Pro lantas jadikannya telefon pertama yang diperkasa Gemini. Ia akan dimanfaatkan oleh aplikasi natif seperti perakam suara yang boleh hasilkan transktrip daripada audio. Selain itu, Smart Reply di Gboard dan WhatsApp juga bakal memanfaatkan ciri menjana balasan mesej yang lebih baik.

Enjin carian Google juga kini menggunakan Gemini. Ia dilapor 40% lebih pantas dalam menjana hasil carian.

Gemini Ultra masih belum dilancarkan kerana masih berada dalam fasa ujian dan penalaan berdasarkan maklum balas manusia. Google memaklumkan yang Bard Advanced akan ditunjangi Gemini Ultra seawal tahun depan.

Sumber: Google

Tags: Googlegoogle gemini
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Gemini lebih maju dari GPT-4, anda boleh cuba di Google Bard sekarang

Gemini lebih maju dari GPT-4, anda boleh cuba di Google Bard sekarang

7 December 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER