• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ROG Phone 8 sah akan tiba, sebelum tamat 2023 atau awal tahun 2024?

  • OLEH Najib
  • 6:08 pm
  • 12/12/2023
  • Komen
ROG Phone 8 sah akan tiba, sebelum tamat 2023 atau awal tahun 2024?
Share on FacebookShare on Twitter

Telefon pintar keluaran Republic of Gamer (Asus ROG) sentiasa menjadi pilihan tertinggi sebagai telefon gaming. Awal tahun ini, ROG Phone 7 dilancarkan dengan kipas AeroActive Cooler dinaik taraf dengan sistem bunyi lebih hebat.

Nampaknya, pengganti untuk telefon gaming terhebat 2023 akan dipertonton di khalayak ramai tidak lama lagi. Tetapi persoalannya, adakan ia akan dilancar tahun ini atau tahun 2024?



ROG Phone 8 akan datang

Asus telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan ROG Phone 8 tidak lama lagi, dalam perkongsian di media sosial. Sangat jelas dan terang, ia memaparkan nama ROG Phone 8 bersama status ‘Coming Soon’ atau akan datang.

Beyond Gaming.#ROG#ROGPhone8 pic.twitter.com/4TuAbIIZYO

— ROG Global (@ASUS_ROG) December 8, 2023

Gambar yang dikongsikan turut memperlihatkan bahagian belakang telefon. Jika dicerahkan sedikit, kita boleh mendapatkan sedikit gambaran. Paling penting, Asus akhirnya akan berhenti menggunakan rekaan ROG Phone yang asal. Ini kerana rekaan telefon ROG adalah sangat sama dan serupa sejak ROG Phone yang pertama sehingga ROG Phone 7.



ROG Phone pertama (kiri) dan ROG Phone 7 (kanan)

Dalam gambar yang dikongsi Asus sendiri, belakang ROG Phone 8 tidak lagi menggunakan modul kamera sebaris. Tiga kamera belakang akan disusun dalam dua barisan, hampir serupa dengan iPhone 15 Pro.

Gambar belakang ROG Phone 8

Di sisi telefon, turut kelihatan port USB-C. Menandakan kipas AeroActive Cooler masih boleh digunakan. Tetapi apakah ada perubahan pada kipas ini, tidaklah diketahui. Belakang telefon juga kelihatan seperti tiada skrin kedua. Tetapi ini mungkin untuk versi asas ROG Phone 8, bukannya versi lebih hebat seperti ROG Phone 7 Ultimate.

Sama ada masih ura-ura atau khabar angin, sudah pasti Asus akan menggunakan cip Snapdragon 8 Gen 3 untuk telefon ROG Phone 8. Ia sebenarnya sudah dikesan di laman ujian tanda aras Geekbench bulan lepas. Malangnya, lain-lain maklumat masih belum terbocor di laman maya.

Tarikh pelancaran ROG Phone 8

Buat masa ini, tarikh sebenar pelancaran ROG Phone 8 masih belum diketahui. Tetapi memandangkan Asus sudah memberi petunjuk seawal minggu ini, berkemungkinan besar ia akan kelihatan semasa pameran CES 2024, yang berlangsung mulai 10 Januari 2024. Bermakna, ia bakal dilancarkan dalam tempoh sebulan dari sekarang.

Adakah anda menantikan ketibaan telefon gaming terhebat Asus ini. Sementara itu, anda boleh mengimbas kembali kehebatan dua gergasi telefon pintar gaming tahun ini, RedMagic 8 Pro dan ROG Phone 7 dalam video kami ini:

[Sumber: Asus]

Bacaan Berkaitan

  • ROG Phone 7 dan Phone 7 Ultimate: Maklumat penjualannya di Malaysia
  • Asus ROG Phone 7: Buka Kotak dan Ulasan Ringkas
  • ASUS ROG Phone 7 dilancar dengan naiktaraf Subwoofer 2.1 pada kipas AeroActive Cooler 7
Tags: asusAsus ROG Phone 8ROG Phone 8
Najib

Najib

POPULAR

ROG Phone 8 sah akan tiba, sebelum tamat 2023 atau awal tahun 2024?

ROG Phone 8 sah akan tiba, sebelum tamat 2023 atau awal tahun 2024?

12 December 2023
AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

AEON Bank sambut ulang tahun pertama dengan 8x ganjaran tunai, Kad Debit-i edisi khas, hadiah menarik & Neko Missions

28 May 2025
Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

Xiaomi Pad 7S Pro dilancar, tablet pertama guna cip XRing O1 buatan Xiaomi

7 July 2025
iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

iQoo Z10 tiba di Malaysia, telefon gaming bajet dengan bateri besar 7,300mAh

3 July 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER