• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Teknologi Audio

Huawei FreeClip, fon putik nampak pelik tapi banyak fungsi berguna

  • OLEH Najib
  • 5:36 pm
  • 13/12/2023
  • Komen
Huawei FreeClip, fon putik nampak pelik tapi banyak fungsi berguna
Share on FacebookShare on Twitter

Selepas disekat oleh Amerika Syarikat untuk menghasilkan telefon pintar, Huawei menumpukan pengeluaran produk pengguna dalam pelbagai aspek lain. Salah satu daripadanya adalah produk audio. Huawei telah melancarkan banyak fon putik dari yang murah sampai yang mahal, dalam pelbagai bentuk dan terkini, melancarkan Huawei FreeClip.

Huawei menggelar FreeClip sebagai fon putik TWS terbuka dengan rekaan jambatan-C. Malah, FreeClip diperkenal sebagai produk fesyen oleh Huawei. Dengan rupa yang pelik, FreeClip juga membawakan banyak teknologi baru untuk fon putik pengguna.



Tarikh pelancaran dan harga di Malaysia

Huawei FreeClip diperkenal ke khalayak ramai dalam satu majlis pelancaran yang diadakan di Dubai. Di samping itu, Huawei turut melancarkan tablet Huawei Matepad Pro 13.2-inci serta laptop Huawei MateBook D 16 baharu.

Menerusi perkongsian di Facebook Rasmi Huawei Malaysia, Huawei FreeClip dikatakan akan datang ke Malaysia tidak lama lagi, pada tarikh 5 Januari 2024 iaitu hari Jumaat pertama tahun hadapan.



Huawei FreeClip akan datang ke Malaysia

Di pelancaran antarabangsa, Huawei FreeClip diumum berharga EUR200 (~RM1,105). Produk Huawei yang telah dilancar dan berharga serupa adalah Huawei FreeBuds Pro 3. Di Malaysia, FreeBuds Pro 3 dijual pada harga RM899. Jadi, ini mungkin harga yang sama untuk Huawei FreeClip di Malaysia kelak.

Spesifikasi Huawei FreeClip

Terdapat tiga bahagian utama yang membentuk fon putik FreeClip iaitu Comfort Bean, Acoustic Ball, dan rekaan Jambatan-C. Comfort Bean berbentuk seperti kekacang, menjadi penstabil dan memberi sokongan agar pengguna berasa selesa memakainya. Acoustic Ball adalah tempat bunyi dikeluarkan dan Jambatan-C menjadi penghubung antara Comfort Bean dan Acoustic Ball.

Rekaan ini memberi pengalaman bunyi terbuka di telinga, sekaligus menghilangkan rasa tertekan kerana telinga tertutup. Walaupun sistem bunyi terbuka, FreeClip menyingkir bunyi yang didengari pengguna daripada didengar orang lain, menerusi sistem getaran bunyi terbalik. Konsep yang terbalik dari penyaring hingar aktif (ANC). Tetapi dengan sistem terbuka ini, ia tidak boleh dilengkapi ANC.

FreeClip juga direka tidak membebankan telinga, dengan berat hanya 5.6 gram di putih. Tambah menarik lagi, rekaan ini membolehkan ia tiada putik kiri dan kanan khusus. Ini adalah pertama seumpamanya dalam rekaan putik yang boleh dipakai di mana-mana bahagian, dan akan mengesan secara automatik kiri dan kanan telinga pengguna.

Hayat bateri juga sangat panjang, ditambah ketiadaan ANC. Di putik sahaja, ia boleh memainkan lagu berterusan sehingga 8 jam. Bersama bekas pengecas, ia memberi khidmat sehingga 36 jam. Mengecas selama 10 minit pula memberi masa penggunaan sehingga 3 jam. Bekas pengecas ini menyokong pengecasan berwayar menerusi USB-C, atau pengecas wayarles.

Kawalan di putik boleh dibuat secara sentuhan. Dua kali ketuk pada putik untuk berhenti atau memainkan semula lagi, dan menjawab atau menamatkan panggilan. Tiga ketuk pula untuk melangkau lagu. Tetapi tetapan ini boleh dibuahsuai mengikut keperluan pengguna.

Walaupun boleh disambung secara Bluetooth dengan pelbagai peranti termasuk Android, iOS dan Windows, Huawei FreeClip menyokong sambungan berbilang peranti. Pengguna boleh mendengar serentak dari telefon dan laptop, jika kedua-duanya bersambung ke FreeClip.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, layari laman produk Huawei FreeClip.

Bacaan Berkaitan

  • Huawei FreeBuds Pro 3, fon putik ANC dibantu konduksi tulang untuk bunyi lebih jelas
  • Dapatkan fon putik Huawei Freebuds SE 2 pada harga RM159 dalam tempahan awal
  • Huawei Freebuds SE 2, fon putik mampu milik dengan bateri sehingga 9 jam di putik dan 40 jam bersama bekas
Tags: HuaweiHuawei FreeClip
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Huawei FreeClip, fon putik nampak pelik tapi banyak fungsi berguna

Huawei FreeClip, fon putik nampak pelik tapi banyak fungsi berguna

13 December 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER