Selepas menandatangani perjanjian akses 5G bersama Digital Nasional Berhad (DNB) tahun lepas, Maxis telah memperbaharui pelan pascabayar dengan lebih banyak kuota, serta kuota bonus 5G. Berita baik untuk pengguna Maxis. Tidak lama lagi, pengguna pelan 5G Maxis akan diberi lebih banyak data bonus 5G.
Beberapa pengguna memberitahu, mereka telah menerima SMS daripada Maxis yang memaklumkan bahawa kuota 5G mereka akan dinaik taraf. Untuk pengguna pelan Maxis Postpaid 199 yang diberi kuota 4G/5G sebanyak 200GB dan kuota bonus 5G 100GB, mereka akan menerima naik taraf kuota bonus 5G kepada 1,000GB. Bermakna, 10x ganda kenaikan.
SMS pemberitahuan dari Maxis juga ada menyertakan pautan yang membawa kepada FAQ Maxis. Di laman FAQ tersebut, ia menyenaraikan semua kuota bonus 5G baru untuk pengguna pelan Maxis Postpaid. Naik taraf ini berbeza mengikut pelan iaitu:
- Maxis Postpaid 79: 80GB 4G/5G + Bonus
40GB80GB 5G - Maxis Postpaid 109: 100GB 4G/5G + Bonus
50GB200GB 5G - Maxis Postpaid 139: 120GB 4G/5G + Bonus
60GB360GB 5G - Maxis Postpaid 169: 150GB 4G/5G + Bonus
75GB600GB 5G - Maxis Postpaid 199: 200GB 4G/5G + Bonus
100GB1000GB 5G
Pengguna Maxis Postpaid akan menerima naik taraf ini secara automatik, kekal dan percuma, antara 14-20 Disember 2023. Pengguna juga akan dimaklumkan menerusi SMS apabila naik taraf ini berjaya.
Setakat ini, laman produk Maxis Postpaid masih belum menunjukkan data bonus 5G yang baru. Ia mungkin akan dikemaskini mula esok, 14 Disember 2023.
Jika anda pengguna Maxis Postpaid yang masih tidak bertukar ke pelan 5G baru ini, anda harus berbuat sekarang. Ini kerana ia bukan sahaja memberikan lebih banyak kuota data 4G dan 5G, malah pada harga lebih murah. Apatah lagi, Maxis mengenakan bayaran RM10 jika pengguna pelan 4G mahu bersambung ke rangkaian 5G.
Terima kasih @nukm4an atas makluman 😄