• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Sarung Pokemon untuk Samsung Galaxy Buds, tiga pilihan reka bentuk

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 2:40 pm
  • 14/12/2023
  • Komen
231214 Pokemon Galaxy Buds
Share on FacebookShare on Twitter

Bagi peminat tegar siri animasi Pokemon, anda pastinya tidak mahu terlepas peluang untuk memiliki sarung Pokemon Eco Friends Buds Cover untuk siri Galaxy Buds yang comel keluaran Samsung ini pada harga RM169.

Sarung Pokemon mirip seperti sebuah Pokeball yang direka berdasarkan francais popular, Pokemon, didatangkan dalam tiga pilihan reka bentuk iaitu Great Ball, Master Ball dan Ultra Ball.



Kombo Galaxy Buds FE & sarung Pokemon

231214 Pokemon Galaxy Buds

Sempena pelancarannya di Malaysia, dengan setiap pembelian Galaxy Buds FE pada harga RM399, anda akan mendapat sarung Pokemon Eco Friends Buds Cover, Greatball secara percuma. Namun promosi tersebut hanya sah sehingga 31 Disember 2023 sahaja.

Bagi yang berminat, anda boleh membeli sarung Pokemon ini melalui laman web rasmi Samsung atau di Samsung Experience Stores yang mengambil bahagian di seluruh negara.



231214 Pokemon Galaxy Buds
Masterball
231214 Pokemon Galaxy Buds
Ultraball

Manakala jika anda hanya mahukan sarung Pokemon sahaja, sama ada Greatball atau dua variasi yang lain, Masterball atau Ultraball, boleh dapatkan secara eksklusif di Samsung Experience Stores sahaja.

Sarung Pokemon dengan pod simpanan berbentuk segi empat ini juga boleh digunakan untuk semua fon putik siri Galaxy Buds seperti  Buds2 Pro, Buds Pro, Buds2 dan Buds Live.

Untuk mendapat lebih maklumat lanjut mengenai promosi kombo Buds FE & sarung Pokemon Eco Friends Buds Cover ini, layari laman web Samsung. Anda juga boleh membaca reviu mengenai Samsung Galaxy Buds FE di sini.

[Sumber: Samsung]

Bacaan berkaitan:

  • [REVIU] Samsung Galaxy Buds FE: Prestasi ANC baik pada harga murah, tetapi lebih sesuai untuk pengguna Samsung sahaja
  • Galaxy Buds FE rasmi di Malaysia, fon putik termurah dalam keluarganya
  • Galaxy Buds 2 Pro, 15% lebih kecil dengan waktu guna sehingga 5 jam
Tags: Galaxy BudsGalaxy Buds FEpokemonsamsungSamsung Galaxy Budssamsung galaxy buds fe
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

231214 Pokemon Galaxy Buds

Sarung Pokemon untuk Samsung Galaxy Buds, tiga pilihan reka bentuk

14 December 2023
Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

Vivo V80 Lite 5G dengan bateri 10,000mAh rasmi di Malaysia, harga dari RM1,399

4 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

8 perkara wajib tahu sebelum naik ETS EMUPlus ke Ipoh di stesen Bandar Tasik Selatan!

3 September 2026
Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

Proton S70 Lite & Prime dibuka untuk tempahan: Anggaran harga bawah RM60k, guna enjin 1.5L NA & CVT

7 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN