• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer Predator Triton Neo 16 dilancar dengan Intel Core Ultra baru dan GPU NVIDIA RTX 4070

  • OLEH Putra Aziz
  • 5:53 pm
  • 15/12/2023
  • Komen
Acer Predator Triton Neo 16 dilancar dengan Intel Core Ultra baru dan GPU NVIDIA RTX 4070
Share on FacebookShare on Twitter

Baru sahaja Intel memperkenalkan cip pemproses Intel Meteor Lake terbaru, Acer kini mengumumkan ketibaan laptop gaming terbaru mereka, Predator Triton Neo 16 yang diperkasa cip terbaru Intel itu. Oleh itu, laptop ini akan memiliki peningkatan keupayaan AI, dan hadir dengan GPU berkuasa tinggi dari NVIDIA GeForce dalam siri RTX 40.

Triton Neo 16 ini dilihat mengekalkan rupa sama seperti Predator Triton 16 yang sebelumnya. Untuk paparan, Neo 16 tampil dalam dua pilihan paparan berukuran 16 inci pada resolusi sehingga 3.2k, kadar penyegaran 165Hz dengan nisbah 16:10. Panelnya diiktiraf Calman untuk tawarkan warna tepat, bersama dengan memiliki cakupan warna gamut DCI-P3 100%.



Selain itu, terdapat juga sokongan NVIDIA Optimus dan G-Sync pada paparannya, berikan warna skrin terpapar lebih tajam serta pengalaman bingkai bebas koyak.

Menggunakan cip Intel terbaru, Neo 16 tersedia dengan pilihan sehingga Core Ultra i9, digandingkan dengan RAM LPDDR5X sehingga 32GB dan storan SSD PCIe Gen 4 sehingga 2TB. Sementara itu, bahagian GPU, ada pilihan sehingga NVIDIA RTX 4070, yang turut memanfaatkan penggunaan teknologi ray tracing NVIDIA DLSS 3.5 bagi mengoptimumkan visual permainan menggunakan AI.



Komponen laptop ini disejukkan oleh kipas AeroBlade 3D generasi kelima dengan paip udara menembak ke sisi dan belakang laptop. Sistem kipas ini boleh dikawal menerusi aplikasi Predator Sense 5.0, yang juga membolehkan pengguna untuk mengubah mod gaming, memantau prestasi laptop dan mengubah lampu RGB di papan kekunci.

Di samping itu, laptop ini juga mempunyai mikrofon dengan teknologi Acer Purified Voice 2.0 yang dapat mengurangkan hingar dengan pertolongan AI, sekali gus membolehkan suara kekal jelas ketika berkomunikasi dalam permainan. Dari segi sambungan port, ia memiliki HDMI, USB-C Thunderbolt 4, dan juga kad MikroSD.

Ketersediaan laptop ini nampaknya masih jauh lagi. Acer memaklumkan Predator Triton Neo 16 ini bakal tersedia di Amerika Utara pada Mac 2024 pada harga bermula USD1,499.99 (~RM7,000) dan di Eropah juga pada Mac 2024 pada EUR1,799 (~RM9,210). Maklumat pelancarannya di Malaysia masih belum didedahkan, tapi pastinya ia akan juga akan tiba di pasaran tempatan.

Bacaan berkaitan

  • Acer Swift Go 14 terima manfaat Intel Core Ultra 7 dalam badan 1.3kg
  • Acer Nitro V15 diperkenal dengan Core i5 dan Geforce RTX pada harga sekitar RM3,000
  • Acer Swift X 14 Malaysia: Laptop untuk pencipta kandungan dengan Intel Core i7 dan RTX 4050
Tags: AcerlaptopPredator Triton Neo 16
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer Predator Triton Neo 16 dilancar dengan Intel Core Ultra baru dan GPU NVIDIA RTX 4070

Acer Predator Triton Neo 16 dilancar dengan Intel Core Ultra baru dan GPU NVIDIA RTX 4070

15 December 2023
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

LRT3 Laluan Shah Alam kini dibuka: Tambang & parkir percuma sehingga 31 Julai

29 June 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN