• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Tesla buang Disney+ daripada EV, tapi ada cara untuk dapatkannya semula

  • OLEH Hanif Azrai
  • 11:30 am
  • 19/12/2023
  • Komen
Tesla buang Disney+ daripada EV, tapi ada cara untuk dapatkannya semula
Share on FacebookShare on Twitter

Tesla didapati telah membuang aplikasi penstriman terkenal Disney+ daripada sistem inforia EV mereka. Perkara ini dikongsikan oleh netizen media sosial yang mendapati ikon Diseny+ sudah tiada dalam Tesla Theater EV Model S miliknya.

I can confirm that Disney+ has been removed from my Tesla Model S.

Strangely, our Hardware 3 Model S on the same firmware still has it. pic.twitter.com/pEZvLU5jLN

— Whole Mars Catalog (Supervised) (@WholeMarsBlog) December 18, 2023

Hal ini dipercayai ada kaitan dengan konflik antara CEO Tesla, Elon Musk, dengan Disney CEO, Bob Iger. Terdahulu, sewaktu temu bual dalam acara New York Times DealBook Summit, Elon Musk mengkritik pihak yang beriklan di platform X yang tidak menyokong kebebasan bersuara. Antara nama yang dipetik adalah Bob Iger sendiri.



Elon Musk menegaskan sekiranya mereka tidak bersetuju dengan polisi X, mereka seharusnya tidak beriklan di X dan itulah yang dibuat oleh pihak Disney yang memberhentikan perbelanjaan beriklan di sana.

Cara untuk dapatkan kembali Disney+

Buat pengguna yang terkesan dan masih perlu menonton Disney+, ada solusi yang telah dikongsikan untuk mendapatkan semula aplikasi penstriman itu ke Tesla Theater mereka.



If you still need Disney+, don’t worry.

Just type the URL into your car’s browser, and you’re good to go. pic.twitter.com/AmBrkI4lYH

— Whole Mars Catalog (Supervised) (@WholeMarsBlog) December 18, 2023

Menggunakan pelayar web di sistem inforia Tesla, masukkan sahaja URL DisneyPlus.com dan sistem akan melancarkan aplikasi natif seperti biasa dan ikon akan muncul kembali.

Perkara ini bermaksud yang Tesla tidaklah membuang Disney+ secara total sebaliknya membuang ikon daripada halaman pemuka.

Sumber: Mashable

Tags: DisneyDisney+Tesla
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

Nak Jimat Lebih Masa Raya? PayLater by Grab Tawar Diskaun Sehingga RM35

15 March 2026
Tesla buang Disney+ daripada EV, tapi ada cara untuk dapatkannya semula

Tesla buang Disney+ daripada EV, tapi ada cara untuk dapatkannya semula

19 December 2023
iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

iPhone bakal terima sokongan 5G SA menerusi kemas kini iOS 26.4

16 March 2026
Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

Infinix Note 60 Ultra kini rasmi: Reka bentuk Pininfarina, bateri 7000mAh, harga RM2,999

13 March 2026
Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

Apakah warna baju melayu Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja semasa umum Hari Raya kali ini?

22 May 2020
AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

AEON Bank Tawarkan Pembiayaan Peribadi-i Untuk Bantu Ringankan Kekangan Bajet

25 December 2025

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN