• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

OK Vision Malaysia, pesaing baru Astro tawar pakej TV satelit RM20 sebulan

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 3:06 pm
  • 19/12/2023
  • Komen
231219 OK Vision TV
Share on FacebookShare on Twitter

Dengan pelancaran rasmi OK Vision di pasaran, rakyat Malaysia kini mempunyai lebih pilihan rangkaian TV satelit. Perkhidmatan baharu itu merupakan usaha sama antara Ansat Broadcast Sdn Bhd dengan salah satu syarikat media terbesar Indonesia, PT MNC Digital Entertainment Tbk.

Walaupun sudah dilancarkan dan mempunyai laman web rasminya, namun butiran mengenai OK Vision masih agak terhad.



Harga & senarai saluran di OK Vision

Berdasarkan semakan di laman web, terdapat dua jenis kandungan yang ditawarkan menerusi OK Vision. Salah satunya adalah saluran percuma untuk ditonton yang termasuk: 

231219 OK Vision TV
  1. Berita RTM
  2. Hijrah TV
  3. TV3
  4. 8TV
  5. Suke TV
  6. Arirang
  7. CNA
  8. DW
  9. Euronews
  10. France 24
  11. NHK World Premium
  12. TRT World
  13. TV5Monde
  14. MNCTV

Manakala dengan mendaftar di bawah pakej OK Pek yang berharga RM20 sebulan, pelanggan boleh mendapat saluran tambahan seperti:



  1. RCTI
  2. GTV
  3. MNC Drama
  4. Global Trekker
  5. Love Nature
  6. Outdoor Channel
  7. ZooMoo
  8. Crime + Investigation 
  9. FMV
  10. Rock Action
  11. Rock Entertainment
  12. Zee Bioskop
  13. Cinemachi
  14. Cinemachi Action
  15. Cinemachi Kids
  16. Cinemachi Max
  17. Cinemachi Xtra
  18. DreamWorks

Pakej itu juga termasuk akses kepada Motorvision TV dan Fight Sport yang akan disediakan pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, OK Vision menawarkan sejumlah 34 saluran.

OK Vision saingi Astro NJOI

Hadir dengan slogan Rajanya Sinetron, OK Vision yang menawarkan perkhidmatan TV Satelit prabayar menjadikannya pesaing langsung kepada Astro NJOI.

, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil semasa majlis pelancaran OK Vision Malaysia

Melihat penawaran senarai saluran OK Vision, dijangkakan ia juga akan mengikuti model perniagaan yang sama. Di mana pelanggan perlu membayar pendahuluan untuk kotak media (set-top) satelit.

Ketika ini, NJOI HD Box berharga RM399 dan mempunyai 18 saluran TV percuma serta 26 saluran radio. Astro juga menawarkan kotak dengan akses 1 bulan untuk Pek Keluarga NJOI yang menyediakan 43 saluran premium tambahan.

231219 OK Vision TV
231219 OK Vision TV

Walaupun begitu, OK Vision masih belum mendedahkan harga kotaknya. Butiran tentang cara untuk mendaftar perkhidmatan tersebut juga masih belum diberikan. Pada yang berminat untuk melanggan, kenalah tunggu dahulu.

Tapikan sekarang ini dah banyak pilihan TV berbayar, ada juga saluran yang hanya bayar sekali seperti Android TV yang boleh dijadikan pilihan. Kalau anda, pakej yang macam mana akan menjadi pilihan? Bayar bulan atau sekali bayar sahaja?

[Sumber: OK Vision, Facebook]

Tags: OK VisionOK Vision MalaysiaTV berbayarTV Satelit
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

Tren ECRL EMU Kota Bharu ke Stesen Terminal Bersepadu Gombak, berapa jam perjalanan?

14 August 2026
231219 OK Vision TV

OK Vision Malaysia, pesaing baru Astro tawar pakej TV satelit RM20 sebulan

19 December 2023
Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

Siri Redmi Note 17 akan tiba di Malaysia 2 September dengan bateri gergasi 10,000mAh

18 August 2026
Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

Vibe Mobile tampil pelan prabayar dari RM17/bulan, dikuasai rangkaian Ultra 5G U Mobile

15 August 2026
Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

Honor Robot Phone kini rasmi: Kamera gimbal bermotor, dwikamera 200MP ARRI & bateri 7,060mAh

14 August 2026
Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

Oppo beri rebat promosi sehingga RM300 sempena Hari Kebangsaan

18 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN