• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Powerbank Shargeek 170 tiba, mampu cas 3 peranti serentak dengan kuasa setinggi 170W

  • OLEH Putra Aziz
  • 7:31 pm
  • 20/12/2023
  • Komen
Powerbank Shargeek 170 tiba, mampu cas 3 peranti serentak dengan kuasa setinggi 170W
Share on FacebookShare on Twitter

Pengeluar produk kuasa dari Amerika Syarikat, Sharge telah melancarkan powerbank terbaru mereka dalam siri powerbank Shargeek, iaitu Shargeek 170. Ia adalah powerbank dengan rekaan lut sinar seperti Shargeek 100 dan Shargeek 130 terdahulu, tetapi memiliki bentuk baharu dan kuasa mengecas yang lebih tinggi.

Harga dan promosi Shargeek 170

Disebabkan kecanggihan dan reka bentuk unik powerbank Sharge ini, harga Shargeek 170 ini sudah tentunya tidak murah. Harga rasmi jualannya di Malaysia adalah RM1,299. Kepada mereka yang berminat, ia akan tersedia didapatkan bermula 25 Disember 2023 melalui laman web Sharge dan juga stor rasmi Sharge di Shopee.



Lebih menarik, Sharge turut menawarkan promosi jualan kepada pembeli awal dari tarikh 25 Disember hingga 15 Januari 2024. Pembeli dalam tempoh tersebut akan disertakan hadiah percuma bernilai RM657 berupa pengecas GaN 140W, kabel Phantom USB-C ke USB-C dan juga kabel Retro USB-C ke Lightning.

Spesifikasi Shargeek 170

Shargeek 170 adalah powerbank berprestasi tinggi dan hadir dalam pakej yang sangat unik. Ia menggunakan reka bentuk badan baharu yang dipanggil pentahedral, serta memiliki badan lutsinar yang menampakkan segala komponen dalaman, yang katanya diilhamkan dari album Pink Floyd, berjudul Dark Side of the Moon.



Selain itu, Shargeek 170 turut memiliki paparan pintar berwarna untuk memaparkan segala status pengecasan. Bercakap pasal pengecasan, ia menyokong kuasa output sehingga 170W menerusi PD 3.1. Manakala kuasa input yang disokong pula pada 140W, yang Sharge dakwa mampu untuk mengecas semula powerbank dari 0% hingga 50% dalam masa hanya 20 minit.

Terdapat tiga port yang dua daripadanya adalah USB-C dan satu lagi adalah port USB-A. Ketiga-tiga port boleh digunakan untuk mengecas serentak, tetapi hanya satu port sahaja yang mendapat kuasa tertinggi pada 65W.

Membekalkan tenaga pada powerbank adalah bateri berkapasiti sebesar 24,000mAh atau 86.4Wh, yang juga bermakna ia masih dibenarkan dan selamat dibawa dalam pesawat untuk penerbangan. Sharge mengatakan bateri yang digunakan ini adalah bateri bergred kereta elektrik, dan mampu untuk mengekalkan prestasi baik walaupun selepas melalui lebih 800 kitaran cas.

Selain daripada selamat dibawa untuk penerbangan, Shargeek 170 ini juga memiliki ciri keselamatan lain termasuk kalis api dan juga memiliki pelbagai perlindungan untuk peraliran kuasa.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Shargeek 170 di sini.

Tags: ShargeShargeekshargeek 170
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Powerbank Shargeek 170 tiba, mampu cas 3 peranti serentak dengan kuasa setinggi 170W

Powerbank Shargeek 170 tiba, mampu cas 3 peranti serentak dengan kuasa setinggi 170W

20 December 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER