• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Asus

ASUS Zenbook 14 OLED, kuasa Intel Core Ultra pertama tiba di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 5:02 pm
  • 27/12/2023
  • Komen
ASUS Zenbook 14 OLED, kuasa Intel Core Ultra pertama tiba di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Asus Malaysia tidak mengambil masa yang lama untuk menawarkan barisan laptop yang dibekalkan kuasa cip terbaru Intel iaitu Core Ultra. Laptop yang diperbaharui ini diumumkan pada pertengahan bulan ini di peringkat antarabangsa dan kini ia telah dijual di Malaysia.

Harga dan Ketersediaan

Untuk permulaan, Asus membawakan laptop Zenbook 14 OLED dengan kuasa Intel Core Ultra ke pasaran Malaysia. Ia dilancar di peringkat antarabangsa dengan dua pilihan warna iaitu perak dan biru, tetapi hanya terdapat dalam warna biru buat masa ini.



Zenbook 14 OLED warna biru dan perak

Terdapat dua varian disediakan untuk pasaran tempatan, dengan harga seperti berikut:

  • Core Ultra 5-125H, RAM 16GB, SSD PCIe 4.0 512GB – RM5,499
  • Core Ultra 7-155H, RAM 32GB, SSD PCIe 4.0 1TB – RM5,999

Laptop Asus Zenbook 14 OLED yang baru ini boleh dibeli daripada pengedar sah Asus, serta stor online Asus Malaysia.



Spesifikasi Asus Zenbook 14 OLED

Asus mengenakan panel paparan OLED 14-inci beresolusi 3K (2880×1800) dalam nisbah 16:10. Skrin ini ada kadar penyegaran 120Hz dan kecerahan setinggi 600 nits. Bingkainya sangat nipis dengan gelaran NanoEdge, memberikan nisbah skrin ke badan sebanyak 87%. Terdapat kamera web dipasang di dalam bingkai di atas skrin, dengan penutup kamera fizikal.

Di pelancaran antarabangsa, Zenbook 14 OLED ditawarkan dengan kuasa sehingga Core Ultra 9. Tetapi di Malaysia hanya Core Ultra 7 dan Ultra 5. Kuasa grafik pula diuruskan oleh GPU Intel Arc Graphics. RAM yang digunakan, jenis LPDDR5X 7,467MHz sehingga 32GB. Manakala storan adalah SSD PCIe 4.0 sehingga 1TB.

Siri Zenbook terkenal dengan badan yang sangat ringan dan tahan lasak. Bagi Zenbook 14 Ultra, beratnya cuma 1.2kg dengan tebal cuma 14.9mm. Badannya diperbuat daripada besi dan ia diiktiraf tahan lasak dengan pengiktirafan ketenteraan MIL-STD 810H.

Walaupun berbadan kompak, laptop ini menyediakan sambungan yang menyeluruh dan bersaiz penuh iaitu dua port Thunderbolt 4 (USB-C), port USB 3.2 Gen 1 (USB-A), port HDMI 2.1 dan jek audio 3.5mm. Selain itu, ia juga menyokong sambungan WiFi 6E dan Bluetooth 5.3.

Dengan bateri berkapasiti 75Wh, Zenbook 14 OLED memiliki hayat bateri sepanjang hari. Ia menyokong pengecasan pantas 65W melalui USB-C, mampu mengisi dari 0-60% dalam masa 49 minit.

Papan kekuncinya bersaiz penuh dan berlampu, tetapi tiada kekunci numpad. Tetapi Trackpad memiliki dwi fungsi, boleh juga digunakan sebagai numpad. Sistem bunyi stereo dihasikkan menerusi dua speaker yang diiktiraf Harman Kardon dan Dolby Atmos.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai laptop berkuasa Intel Core Ultra ini, layari laman produk Asus Zenbook 14 OLED.

Bacaan Berkaitan

  • Zenbook 14 OLED dikemas kini dengan Intel Core Ultra 5 & 7, masuki Malaysia tak lama lagi
  • Nak laptop dengan paparan besar? ASUS Vivobook 16 boleh dijadikan pilihan mampu milik
  • Asus Zenbook Pro 14 OLED, laptop kompak berkuasa tinggi dengan CPU Core i9, GPU RTX 4070 dan skrin terbaik
  • Vivobook S 15 OLED BAPE Edition: Gabungan prestasi tinggi laptop Asus dan aksesori rekaan popular BAPE
Tags: asusAsus Zenbook 14 OLEDIntelIntel Core UltraZenbook 14 Oled
Najib

Najib

POPULAR

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
ASUS Zenbook 14 OLED, kuasa Intel Core Ultra pertama tiba di Malaysia

ASUS Zenbook 14 OLED, kuasa Intel Core Ultra pertama tiba di Malaysia

27 December 2023
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER