• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home OS Android

Redmi Note pertama dengan IP68 akan dilancar di Malaysia 15 Januari 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 8:52 am
  • 04/01/2024
  • Komen
Redmi Note pertama dengan IP68 akan dilancar di Malaysia 15 Januari 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Siri Redmi Note 13 dilancarkan di India pada 4 Januari 2024 dan disusuli pelancaran di peringkat global pada 15 Januari 2024 termasuklah untuk peminat yang berada di Malaysia.

Carian ringkas di dalam pengkalan data SIRIM menunjukkan dua ahli Redmi Note 13 sudahpun menerima kelulusan pihak berkuasa itu. Dua model yang dimaksudkan ialah Redmi Note 13 5G dan Redmi Note 13 Pro+ 5G.



Xiaomi India di laman X (Twitter) mereka sudahpun menghebahkan maklumat-maklumat berkaitan telefon ini menjelang hari pelancarannya. Sekiranya model yang akan tembusi pasaran global adalah sama seperit yang dilancarkan di India, anda boleh jadikan maklumat daripada India sebagai rujukan.

Maklumat paling penting, ini adalah Redmi Note pertama yang kalis air pada paras IP68. Ia seperti Xiaomi mengikuti jejak langkah Samsung memberikan kekalisan air pada siri pertenghaan Galaxy A mereka.



Kemudian, anda akan perasan kemasan belakang yang unik untik varian Pro apabila bahagian belakang dibahagikan ke dalam kekotak menggunakan garisan dan diwarnakan dengan warna pastel. Ia menampakkan telefon seakan ada fungsi modular walaupun tidak.

Lain-lain maklumat rasmi yang boleh diekstrak adalah seperti:

  • Redmi Note 13 Pro 5G pertama dunia yang gunakan Snapdragon 7s Gen 2
  • Redmi Note 13 5G menggunakan Dimensity 6080
  • Redmi Note 13 5G ada pengecasan 33W
  • Redmi Note 13 5G dilengkapi kamera utama 108MP

Dengan penawaran IP68 pada Redmi Note 13 Pro+ 5G, adakah harganya akan lebih tinggi daripada biasa? Sebagai perbandingan, berikut adalah harga jualan siri Redmi Note 12 di Malaysia sewaktu dilancarkan.

  • Redmi Note 12 Pro+ 5G (8+256) – RM1,599
  • Redmi Note 12 Pro 5G (8+256) – RM1,299
  • Redmi Note 12 Pro 4G (8+256) – RM1,099
  • Redmi Note 12 5G (8+256) – RM1,099
  • Redmi Note 12S (8+256) – RM999
  • Redmi Note 12 (8+128) – RM799
  • Redmi Note 12 (6+128) – RM699
Tags: androidmobileRedmiredmi noteredmi note 13redmi note 13 proredmi note 13 pro 5gredmi note 13 pro+redmi note 13 pro+ 5gtelefonxiaomi
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Redmi Note pertama dengan IP68 akan dilancar di Malaysia 15 Januari 2024

Redmi Note pertama dengan IP68 akan dilancar di Malaysia 15 Januari 2024

4 January 2024
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

Siri Honor Pad 20 Malaysia: Tampil skrin 3K, bateri 10,100mAh & diskaun 15% untuk pelajar

24 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN