• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Acer

Acer lancar monitor baharu untuk gaming dan kerja dengan fungsi sentuh dan melengkung 34-inci

  • OLEH Putra Aziz
  • 6:48 pm
  • 04/01/2024
  • Komen
Acer lancar monitor baharu untuk gaming dan kerja dengan fungsi sentuh dan melengkung 34-inci
Share on FacebookShare on Twitter

Acer melangkah ke tahun baharu dengan memperkenalkan empat monitor baharu khusus untuk keperluan gaming dan juga kerja. Siri Nitro yang diperkenal hadir dengan paparan melengkung dan kadar penyegaran sehingga 180Hz, bersama-sama dengan monitor kerja yang menyokong sentuhan untuk meningkatkan produktiviti.

Harga dan ketersediaannya di Malaysia

Kesemua empat monitor ini boleh mula didapatkan di semua pengedar sah Acer di seluruh Malaysia. Harga rasmi jualannya adalah seperti berikut:



  • Acer Nitro XV272UV3 27″- RM949
  • Acer Nitro XZ322QUS 31.5″ – RM999
  • Acer Nitro XZ342CUV3 34″ – RM1499
  • Acer VT270 Touch Monitor 27″ – RM1,399

Acer Nitro XV272U V3

Monitor Acer Nitro XV272UV3 tampil dengan skrin IPS berukuran 27-inci dan menyokong resolusi 2560×1440 WQHD dalam nisbah 16:9. Ia menyokong kecerahan puncak 400 nits bersama kadar penyegaran sehingga 180Hz jika menggunakan DisplayPort. Panelnya juga memiliki cakupan warna gamut luas 95% DCI-P3 dan Delta<1 yang dapat berikan warna terpapar nyata dan tepat.

Selain itu, ia turut memiliki teknologi AMD FreeSync Premium untuk pengalaman gaming bebas koyak dan masa respons pantas sehingga 0.5ms. Untuk sistem bunyi, ia mempunyai dua speaker dengan kuasa 2W. Sambungan port fizikal yang ditemui di monitor ini termasuk dua port HDMI, satu port DisplayPort, satu port jek audio 3.5mm.



Acer Nitro XZ322QUS & Acer Nitro XZ342CUV3

Siri Acer Nitro XZ2 adalah monitor gaming dengan paparan melengkung 1500R, di mana ia menawarkan pengalaman gaming dan sudut pandangan yang cukup imersif. Monitor ini juga menampilkan teknologi VESA DisplayHDR tawar warna dan julat dinamik baik. Ia tersedia dalam dua varian iaitu Nitro XZ322QUS dan Nitro XZ342CUV3.

Nitro XZ322QUS

Untuk monitor Nitro XZ322QUS, ia hadir dengan skrin berukuran 31.5-inci menggunakan panel VA dengan resolusi 2560×1440 WQHD dalam nisbah 16:9. Kadar penyegaran yang disokong adalah sehingga 165Hz, bersama masa respons pantas 1ms. Selain itu, ia ada kecerahan puncak pada 400 nits dan cakupan warna gamut luas DCI-P3 pada 92%. Terdapat juga sokongan AMD FreeSync Premium pada monitor ini.

Nitro XZ342CUV3

Sementara itu, jika anda mahukan paparan lebih besar, monitor Nitro XZ342CUV3 ada paparan VA berukuran 34-inci pada resolusi 3440×1440 UltraWide QHD dengan menggunapakai nisbah 21:9. Skrinnya ada masa respons pantas pada 1ms dan menyokong kadar penyegaran 180Hz, serta turut memiliki sokongan AMD FreeSync Premium untuk tambah baik pengalaman gaming.

Seperti model 31.5-inci, kecerahan puncaknya adalah pada 400 nits dan menyokong warna gamut DCI-P3 92%. Manakala, audionya dikeluarkan menerusi speaker stereo berkuasa 2W.

Bagi sambungan port fizikal, kedua-duanya mempunyai satu port HDMI 2.0, dua port DisplayPort 1.2 dan satu jek audio 3.5mm di belakang monitor. Lebih menarik, monitor ini juga serasi dengan pelekap VESA.

Acer VT270 Touch Monitor

Akhir sekali adalah Acer VT270 Touch Monitor. Ia merupakan monitor yang ditujukan untuk keperluan kerja. Dan seperti namanya, ia menyokong sentuhan pada skrin 27-inci yang ia miliki dengan fungsi sehingga 10 sentuhan. Skrinnya menggunakan panel IPS dengan resolusi HD Penuh, serta ia memiliki masa respons 4ms dan kecerahan puncak pada 300 nits. Disebabkan bukan monitor gaming, kadar penyegarannya lebih perlahan pada 75Hz, tetapi ia menyokong warna gamut sRGB 100%.

Di samping itu, monitor ini juga serasi disambungkan dengan pelekap VESA. Di belakang monitor, terdapat port fizikal seperti satu port HDMI 1.4, satu port VGA, satu port USB-A 3.0, satu port USB-B dan juga jek audio 3.5mm dan juga sepasang speaker dengan kuasa 2W.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman produk Nitro XV272U V3, Nitro XZ322QUS, Nitro XZ342CU V3 dan Acer VT270 Touch Monitor.

Bacaan berkaitan

  • Acer Predator Triton Neo 16 dilancar dengan Intel Core Ultra baru dan GPU NVIDIA RTX 4070
  • Acer perkenal beg bagasi Predator & Acer Melbourne, serta beg galas Austin pada harga bermula RM369
  • Acer Nitro V15 diperkenal dengan Core i5 dan Geforce RTX pada harga sekitar RM3,000
  • Acer Swift Go 14 terima manfaat Intel Core Ultra 7 dalam badan 1.3kg
Tags: AcerAcer Nitro XV272U V3Acer Nitro XZ2Acer VT270monitorNitro XZ322QUSNitro XZ342CUV3
Putra Aziz

Putra Aziz

POPULAR

Acer lancar monitor baharu untuk gaming dan kerja dengan fungsi sentuh dan melengkung 34-inci

Acer lancar monitor baharu untuk gaming dan kerja dengan fungsi sentuh dan melengkung 34-inci

4 January 2024
Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

Tarif TNB Baharu Julai 2025: Apa Kesan Pada Bil Elektrik Anda?

21 June 2025
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

Garmin Forerunner 570 & 970 kini di Malaysia, jam kecergasan AMOLED dengan fungsi ECG

19 June 2025
Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

Redmi Pad 2 dilancar, tablet murah dengan skrin 11″ 90Hz & bateri besar 9,000mAh

20 June 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER