• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Boost Bank dapat kelulusan operasi Bank Digital, akan laksana ujian alfa

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 11:44 am
  • 09/01/2024
  • Komen
240109 Boost-RHB-Bank-Digital
Share on FacebookShare on Twitter

Boost Bank oleh Axiata dan RHB (Boost Bank) menerima kelulusan rasmi daripada Bank Negara Malaysia (BNM) dan Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) untuk memulakan operasi sebagai bank digital.

Bank digital pertama majoriti milik Malaysia yang merupakan gabungan kerjasama antara Boost, selaku peneraju teknologi kewangan (fintech) serantau dan rakan konsortiumnya, RHB Banking Group (RHB) itu telah menerima kelulusan kawal selia lebih awal dari jadual, selepas melalui audit kesediaan operasi menyeluruh yang disahkan oleh BNM.



240109 Boost-RHB-Bank-Digital
(Dua dari kiri) CEO Boost Bank, Fozia Amanulla

Boost Bank diterajui oleh Fozia Amanulla, selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Beliau akan mengetuai pasukan bank digital yang berpengalaman, merangkumi kepakaran merentasi teknologi, keselamatan maklumat, produk, risiko dan pematuhan, dan banyak lagi bagi memanfaatkan bakat fintech daripada Boost, kepakaran perbankan daripada RHB, serta keupayaan baharu daripada industri yang lebih meluas.

Fasa ujian alfa dalaman

Walaupun mendapat kelulusan untuk memulakan operasinya berkuat kuasa 15 Januari 2024, tetapi buat masa ini ia akan terlebih dahulu menjalankan fasa ujian alfa yang bertujuan meningkatkan produk secara progresif dan memperhalusi pengalaman penggunanya. 



240109 Boost-RHB-Bank-Digital

Menerusi laman web rasminya, fasa tersebut hanya akan dibuka untuk ujian dalaman yang melibatkan pekerja, keluarga, rakan, dan kumpulan pelanggan terpilih.

Konsortium Bank Digital Boost-RHB merupakan antara lima pemohon lesen yang berjaya diumumkan oleh BNM, dengan GXBank menjadi bank digital pertama yang memulakan operasi di Malaysia. Dari segi pemilikan, Boost menguasai 60% ekuiti dan baki 40% dikuasai RHB.

Untuk mendapatkan info terkini mengenai Boost Bank, anda boleh lawati laman web rasminya.

Bacaan berkaitan:

  • GXBank buka pendaftaran untuk semua, bank digital pertama dilancar di Malaysia
  • Kad debit GXBank akan tersedia Januari 2024, tiada yuran dan dikecualikan caj ATM RM1
  • GXBank: Bank digital pertama Malaysia lancar aplikasi beta, tawar RM20 dan faedah harian
Tags: AxiataBoostBoost BankDigital Bankrhb
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240109 Boost-RHB-Bank-Digital

Boost Bank dapat kelulusan operasi Bank Digital, akan laksana ujian alfa

9 January 2024
Oppo Find X9 Ultra rasmi di Malaysia, guna telefoto 50MP 10x Hasselblad pertama industri

Meneroka Keunikan Warisan Kelantan Bersama Flagship Fotografi Muktamad, OPPO Find X9 Ultra!

16 June 2026
KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

KLIMS 2026 bakal kembali Jun ini, lebih daripada sekadar pameran kereta

10 June 2026
Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

Vivo Y31s 5G Malaysia: Bateri BlueVolt 6,500mAh & kalis air IP69+ pada harga RM1,199

11 June 2026
Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

Hotlink perkenal pelan Postpaid 50 baharu dengan 500GB data pada harga RM50/bulan

18 June 2026
Hantar WhatsApp tanpa save nombor? Ini caranya

Cara hantar mesej WhatsApp tanpa perlu simpan nombor telefon

27 May 2024

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN