Sempena menyambut kedatangan Tahun Naga dan Tahun Baru Cina yang akan menjelma tidak lama lagi, Great Wall Motor (GWM) Malaysia, mengumumkan promosi eksklusif untuk kenderaan elektrik (EV) keluarannya, Ora Good Cat.
Bagi pembelian Ora Good Cat sepanjang tempoh promosi yang berlangsung sehingga 29 Februari 2024, pembeli akan mendapat rebat sehingga RM20,000. Bukan itu sahaja, sebagai tambahan GWM juga menawarkan pengecas dinding yang bernilai RM5,500 secara percuma.
Dengan adanya pengecas dinding tersebut pastikan akan menjadikan pengalaman pengecasan yang lebih mudah dan cekap buat pemilik Ora Good Cat.
Harga semasa atas jalan (OTR) tidak termasuk insuran untuk Ora Good Cat 400 Pro adalah RM140,500, manakala untuk Ora Good Cat 500 Ultra boleh dimiliki pada harga RM170,500.
Berikut pula adalah harga jualan selepas rebat:
- Ora Good Cat 400 Pro: RM120,500
- Ora Good Cat 500 Ultra: RM150,500
Walau bagaimanapun, suka untuk diingatkan bahawa rebat itu hanya tersedia untuk tempoh terhad.
Spesifikasi Ora Good Cat
Kenderaan EV comel keluaran GWM itu dipacu motor elektrik yang dapat menghasilkan 141hp dengan daya kilas setinggi 210Nm. Ora Good Cat dikatakan dapat memecut daripada sifar kepada 100km/j dalam tempoh 9.2 saat dan kelajuan maksimum yang dihadkan secara elektronik adalah pada paras 152km/j.
Walaupun motor yang sama menguasakan kedua-dua varian yang ditawarkan untuk Ora Good Cat, namun jarak kembara keduanya adalah berbeza. Untuk varian 400 Pro, ia boleh pergi sejauh 400km, manakala 500 Ultra pula boleh pergi sejauh 500km. Perbezaan jarak kembara tersebut dicapai melalui bateri yang lebih besar, iaitu 63.1kWj berbanding 47.8kWj bagi varian lebih murah.
Pengecasan kenderaan EV itu menyokong sistem AC 6.6kW yang dapat mengisi penuh bateri dalam tempoh masa sekitar 8 jam. Manakala untuk pengecasan pantas DC 60kW boleh mengisi antara 30% kepada 80% dalam tempoh masa 32 minit (400 Pro) dan 40 minit (500 Ultra). Untuk mengecas, kereta ini menggunakan sambungan CCS2 dan AC Type-2.
Ora Good Cat dilengkapi dengan pelbagai Sistem Bantuan Pemandu Lanjutan (ADAS) seperti:
- Kawalan Kembara Adaptif
- Brek Kecemasan Berautonomi
- Bantuan Kekal Lorong
- Bantuan Pemusat Lorong
Untuk varian lebih tinggi diberikan beberapa ciri tambahan selain yang disebutkan di atas, termasuklah:
- Bantuan Menggundur Automatik
- Parking Automatik Sepenuhnya
- Bantuan Tukar Lorong
- Pengesan Titik Buta
- Bantuan Lencongan Kecemasan
- Amaran Pintu Terbuka
Bagi yang berminat dengan promosi eksklusif GWM ini, anda boleh mengunjungi pengedar sah GWM berdekatan atau meneroka mengenai kenderaan EV tersebut di laman web rasmi GWM Malaysia. Anda juga boleh menghubungi pusat panggilan GWM di 1800-18-2882. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, anda boleh emel ke Khidmat Pelanggan GWM di [email protected].
Untuk mengenal lebih lanjut Ora Good Cat, anda boleh menonton reviu rakan sekerja kami di SoyaCincau di sini.