• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Apple

Facebook Lite diperkenal buat pengguna iPhone di Malaysia

  • OLEH Najib
  • 1:13 pm
  • 14/11/2018
  • Komen
Facebook Lite diperkenal buat pengguna iPhone di Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

Facebook Lite adalah aplikasi yang mesra penggunaan data dan ruang storan. Ia telah diperkenalkan untuk Android pada tahun 2015, dan kini ia telah tiba di iOS. Tetapi hanya beberapa negara terpilih sahaja yang boleh menggunakannya buat masa ini, termasuk Malaysia.

Ruang storan merupakan mimpi ngeri pengguna iPhone, terutama dengan storan 16GB. Kedatangan Facebook Lite ini amatlah dialu-alukan kerana saiz muat turun fail pemasangan sangatlah kecil, kurang dari 5MB. Ia juga mengambil ruang yang kecil untuk pemasangan.



Selepas dipasang, Facebook Lite juga tidak banyak menggunakan data seperti Facebook biasa. Pengguna boleh memaparkan kemaskini rakan-rakan di Facebook dengan lebih pantas.

Bukan itu sahaja, Facebook juga memaklumkan video di Facebook Lite boleh ditonton walaupun dengan sambungan 2G seperti EDGE. Ini menunjukkan betapa kecilnya data yang digunakan oleh Facebook Lite.



Walaupun kecil, Facebook Lite masih memiliki ciri-ciri penuh Facebook seperti News Feed, status, notifikasi serta menangkap gambar dan muat naik video. Pasti lebih lengkap Facebook Lite jika digandingkan dengan Messenger Lite. Buat masa ini, Messenger Lite belum terdapat di iOS.

Walaupun telefon pintar semakin canggih, trend penghasilan aplikasi ringan dan jimat data ini semakin meluas. Telah banyak aplikasi sebegini diperkenalkan di Android, tetapi ia baru mahu cuba menempah tempat di iOS.

Kepada pengguna peranti iOS yang mahu mencuba Facebook Lite, boleh memuat turunnya di Apple Appstore. Adakah anda akan beralih ke Facebook Lite atau lebih selesa menggunakan Facebook biasa?

Tags: FacebookFacebook Lite
Najib

Najib

POPULAR

Facebook Lite diperkenal buat pengguna iPhone di Malaysia

Facebook Lite diperkenal buat pengguna iPhone di Malaysia

14 November 2018
Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

Acer Day 2026: Diskaun laptop sehingga RM2,000, kerusi gaming Nitro hanya RM99

6 July 2026
Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

Kenapa masih ada ATM yang kenakan caj RM1 selepas 1 Julai? Ini sebabnya

3 July 2026
Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

Astro perkenal Astro X3, pelan penstriman tanpa dekoder & kontrak, dari RM39.99/bulan

7 July 2026
Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

Smart #5 Malaysia: Varian baharu bakal tiba tidak lama lagi?

8 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN