• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Samsung & Google bangunkan pesaing Dolby Atmos dan DTS:X, pelancaran dalam tahun 2024

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:47 am
  • 23/01/2024
  • Komen
Samsung & Google bangunkan pesaing Dolby Atmos dan DTS:X, pelancaran dalam tahun 2024
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung ada mengumumkan dalam bulan November 2023 lalu bahawa mereka sedang bangunkan satu standard audio spatial baharu iaitu Immersive Audio Model and Formats (IAMF). Ia dilihat bakal bersaing dengan standard sedia ada seperti Dolby Atmos dan DTS:X. Berita terbaharu untuk 2024 adalah format itu akan dilancarkan dalam tahun ini dan akan disokong nama besar seperti YouTube.

Daripada maklumat-maklumat yang dikongsikan Samsung, ada beberapa kelebihan yang IAMF cuba ketengahkan. Paling utama adalah format ini akan ditawarkan secara sumber terbuka iaitu pengeluar komponen bebas menggunakan teknologi ini untuk produk masing-masing. Tidak seperti Dolby Atmos dan DTS:X yang perlukan lesen dan pembayaran royalti kepada pihak pembangun. Anda boleh lihat IAMF seperti solusi visual sumber terbuka HDR10+ berbanding solusi proprietari Dolby Vision.



Kemudian, Samsung turut mengatakan IAMF tidak memerlukan komponan khas sebaliknya boleh berfungsi menggunakan kelengkapan legasi seperti speaker sedia ada tanpa masalah namun namun sejauh manakah fungsi backward compatible IAMF tidak diperincikan.

Garis masa yang spesifik tentang bilakan IAMF akan dilancarkan masih belum diumumkan. Anda boleh jangkakan ia akan diperkenalkan pada produk TV dan soundbar keluaran Samsung tahun ini beserta platform penstrim YouTube.



Lagi yang mempertingkat kredibiliti IAMF untuk bersaing dengan orang lain adalah format ini telah diserap ke dalam organisasi Alliance for Open Media (AOM). Organisasi bukan berasaskan keuntungan ini disertai jenama-jenama seperti Apple, Amazon, Microsoft, Netflix, Nvidia, Intel, dan Meta.

Tags: GooglesamsungYouTube
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Samsung & Google bangunkan pesaing Dolby Atmos dan DTS:X, pelancaran dalam tahun 2024

Samsung & Google bangunkan pesaing Dolby Atmos dan DTS:X, pelancaran dalam tahun 2024

23 January 2024
Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

Poco F9 Pro dan F9 Ultra bakal dilancar 1 September, ini spesifikasi yang dijangka

25 August 2026
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

Samsung Galaxy S26 FE Malaysia: Exynos 2500 dengan One UI 9 baharu, dari RM2,899

27 August 2026
Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

Vivo V80 Lite 5G cipta rekod dunia dengan bateri 10,000mAh, tempahan kini dibuka

28 August 2026
Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

Sony Xperia 10 VIII rasmi: Spesifikasi tak banyak berubah tapi harga lebih mahal

25 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN