• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Ini mungkin jawatan kosong yang hanya boleh diisi atuk anda

  • OLEH Hanif Azrai
  • 10:27 am
  • 30/01/2024
  • Komen
Ini mungkin jawatan kosong yang hanya boleh diisi atuk anda
Share on FacebookShare on Twitter

Benda tak rosak, mengapa ganti? Mungkin itulah falsafah yang digunakan sebuah syarikat keretapi Jerman kerana masih menggunakan sistem operasi yang berusia 30 tahun untuk mengendalikan papan maklumat perkidmatan mereka di seluruh negara. Namun, masalah yang kini mereka hadapi adalah mencari juruteknik yang mahir selok belik sistem operasi Windows 3.11 Administrator itu.

Berdasarkan skop kerja yang diutuskan, kakitangan itu perlu mengawal selia komputer yang diperkasa pemproses dengan clockspeed 166Mhz dan RAM 8GB. Mungkin anda tertanya-tanya kenapa masih gunakan sistem yang lapuk dan pastinya terdedah kepada serangan siber?



Menggunakan sistem yang usang ada kelebihannya yang tersendiri. Contohnya, proses pelancaran senjata nuklear Amerika Syarikat ada melibatkan cakera liut 8” daripada tahun 1970-an sebelum dimodenkan dalam tahun 2019. Menurut pihak tentera, teknologi lama sukar untuk ditembusi perkakasan moden.

Berbalik kepada sistem operasi Windows 3.11 yang menjadi tunjang kepada sistem keretapi Jerman itu, ia dilancarkan dalam tahun 1993 dan pada ketika itu ia adalah sesuatu yang revolusioner antara yang menarik tentangnya adalah seperti:



  • Permainan Solitaire menjadi viral sementara Minesweeper diperkenalkan
  • Blues Screen of Deatch (BSOD) membuat penampilan sulung
  • Windows yang pertama menyokong pelbagai bahasa
  • Perisian antivirus Norton Desktop for Windows dilancarkan pada edisi ini
  • Era Windows berhijrah daripada senibina 16-bit kepada 32-bit

Buat anda yang berminat, bolehlah tekan pautan ini.

Tags: windows
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Ini mungkin jawatan kosong yang hanya boleh diisi atuk anda

Ini mungkin jawatan kosong yang hanya boleh diisi atuk anda

30 January 2024
Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

Siri Redmi Note 17 kini boleh ditempah di Malaysia: Ini spesifikasi penuhnya

28 August 2026
Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

Realme C100x rasmi di Malaysia, tawar bateri 8,000mAh dan skrin 120Hz bawah RM1,000

1 September 2026
Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

Siri Poco F9 tiba di Malaysia: Skrin 185Hz, kamera 200MP, promo dari RM2,799

1 September 2026
U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

U Mobile perkenal ULTRA Home 5G Pro, tawar kelajuan sehingga 2Gbps dari RM98/bulan

1 September 2026
Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

Redmi Note 17 5G & 4G Malaysia: Skrin besar 6.99″, bateri 7,700mAh, dari RM749

2 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN