Selain membuang banyak perkara penting untuk telefon gaming di ROG Phone 8 Pro seperti tiada lagi speaker menembak ke depan, skrin berlubang dan kamera terlalu terbonjol keluar, sebenarnya ia datang dengan satu naik taraf besar khusus untuk bermain game Genshin Impact. Fungsi ini Asus datangkan khas di ROG Phone 8 Pro, dikenali sebagabi Xsense.
Bahasa ringkasnya, XSense ni macam ‘cheat code’ untuk main game dan ia berbeza mengikut game. Paling banyak ‘cheat code’ Xsense sediakan adalah untuk game Genshin Impact. Jadi, peminat Genshin Impact memang wajar sangat beli ROG Phone 8 Pro untuk main dengan lebih mudah.
Terdapat 4 ‘cheat code’ Xsense untuk Genshin Impact di ROG Phone 8 Pro. Tapi sebelum tu, kena aktifkan dulu fungsi Xsense. Caranya mudah sahaja.
Di dalam game, leret dari sudut atas kiri atau kanan untuk mengeluarkan menu ROG. Pilih Xsense di sebelah kanan. Kemudian aktifkannya. Anda akan dapat melihat 4 lagi fungsi di bawah Xsense dan ia perlu diaktifkan setiap satu, jika mahu menggunakannya.
Tonton video di bawah ini untuk penerangan atau anda boleh membacanya di bahagian bawah.
Empat fungsi Xsense untuk Genshin Impact adalah:
- Auto Pickup
Fungsi ini paling berguna semasa main Genshin Impact kerana ia boleh kutip item scara automatik, tidak perlu lagi tekan untuk ambil item. Pengguna hanya perlu berjalan ke arah item dan ia akan dikutip sendiri. Tak ada lagi terlupa atau tertinggal item.
- Auto Run
Ini nampak mudah tetapi banyak membantu. Auto Run membolehkan pengguna berjalan atau berlari terus menerus tanpa menekan lama butang arah. Hanya tekan butang auto run dan ia akan berjalan terus tanpa henti. Hanya kawal butang arah jika mahu mengubah laluan berjalan.
- Speed Up Conversations
Kepada yang tidak mahu tahu jalan cerita, atau mahu langkau perbualan ketika misi, ciri ini boleh melakukannya. Ia seperti auto play conversation, tetapi lebih cepat kerana tak menunggu sehingga habis perbualan untuk dilangkau. Sebaliknya, perbualan dilangkau sepantas perkataan pertama keluar.
Kalau anda mahu tahu jalan cerita atau misi seperti saya, janganlah aktifkan ciri ini.
- Quick Escape
Ini satu lagi ciri nampak mudah tetapi membantu. Quick Escape membolehkan pengguna melepaskan diri lebih cepat ketika dibekukan. Biasanya, jika dibekukan di dalam game, perlu menekan butang melepaskan diri banyak kali. Tetapi ciri ini akan membantu menekan banyak kali secara automatik sehingga terlepas. Jadi, tidaklah sakit jari nak menekan banyak kali apabila terbeku.
Ini 4 ciri di dalam Xsense yang tersedia untuk Genshin Impact. Mungkin Asus boleh menambahnya di masa akan datang. Adakah anda akan menggunakan kesemuanya atau sebahagian sahaja? Apa pula cari yang anda idamkan untuk ditambah ke dalam Xsense? Kongsikan pendapat anda dalam ruang komen ya.
Jangan lupa tonton ulasan kami tentang telefon ROG Phone 8 Pro di sini.