• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

CelcomDigi bantu MPAJ transformasi Hulu Kelang menjadi bandar pintar digital bersepadu

  • OLEH Najib
  • 4:50 pm
  • 06/02/2024
  • Komen
CelcomDigi bantu MPAJ transformasi Hulu Kelang menjadi bandar pintar digital bersepadu
Share on FacebookShare on Twitter

Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) merancang untuk mentransformasi DUN Hulu Kelang menjadi sebuah bandar pintar. Sehubungan itu, mereka mengumumkan kerjasama dengan CelcomDigi dan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) untuk pembangunan digital di DUN Hulu Kelang, selama 10 tahun.

Dengan kerjasama ini, CelcomDigi dan MPAJ akan meneroka dan melaksanakan penyelesaian teknologi 5G dan infrastruktur gentian yang mantap, bagi membina satu ekosistem bandar pintar yang akan mempertingkatkan kualiti hidup penduduk dan pertumbuhan perniagaan di Hulu Kelang.



Majlis menandatangani MoU itu disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi bersama Pengerusi MPAJ, Dr Ani binti Ahmad. Ia turut disaksikan oleh Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin bin Shari.

Dalam ucapannya, Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin berkata, “Saya amat gembira dapat menyaksikan Majlis Menandatangani MoU antara MPAJ dan CelcomDigi hari ini. Kerjasama ini membuktikan kesungguhan MPAJ membina sebuah bandar pintar, selaras dengan hasrat Kerajaan Negeri untuk mentransformasikan Selangor kepada Negeri Pintar menjelang 2025. Besar harapan saya agar segala usaha di bawah inisiatif Bandar Pintar akan menjana impak positif terhadap ekosistem secara inklusif — bukan sahaja untuk masyarakat, tetapi juga ekonomi dan alam sekitar.”



Datuk Idham dan Dato’ Seri Amirudin melihat motor elektrik RydeEV

Ketua Pegawai Eksekutif CelcomDigi, Datuk Idham turut berkata, “Kerjasama dengan MPAJ adalah pakatan strategik yang dibina dengan visi bersama untuk membina infrastruktur bandar pintar dan model ekosistem yang boleh direalisasikan. CelcomDigi dan MPAJ akan bekerjasama untuk menilai dan mengenal pasti penyelesaian bandar pintar yang terbaik dan mampu mengubah DUN Hulu Kelang menjadi suatu daerah digital bersepadu, lengkap dengan persekitaran moden dan mampan yang boleh mempromosikan pertumbuhan ekonomi serta meningkatkan kebajikan penduduknya. Kami bertekad untuk memanfaatkan usahasama ini dengan perkongsian teknologi tempatan dan global dalam membangunkan ekosistem yang diharapkan boleh menjadi model contoh yang membawa manfaat kepada rakan kongsi lain seperti majlis perbandaran, dengan rangkaian penyelesaian bandar pintar yang boleh di gunapakai di lebih banyak bandar di seluruh negara.”

MPAJ telah membentangkan pelan ‘Rangka Kerja Bandar Pintar’ pada Januari 2022 bagi mentransformasikan Ampang Jaya kepada bandar pintar. Ia memfokuskan kepada Infrastruktur Pintar, Ekonomi Pintar, Komuniti Pintar, Persekitaran Pintar dan Tadbir Urus Pintar. MPAJ telah melaksanakan beberapa inisiatif Bandar Pintar seperti pemasangan CCTV, Wi-Fi dan Smart Junction di beberapa lokasi dalam kawasan pentadbirannya.

Antara perancangan bandar pintar

Sebagai rakan strategik, CelcomDigi akan bersama-sama menyelaras dan melaksanakan penyelesaian teknologi yang berkaitan bandar pintar, khususnya di DUN Hulu Kelang, yang merupakan kawasan projek perintis untuk pembangunan Bandar Pintar Ampang Jaya.

CelcomDigi juga akan menerajui ‘sandbox’ yang menghimpunkan semua pihak berkaitan dengan penyelesaian bandar pintar seperti inovator, usahawan, pembekal teknologi dan pengeluar peranti, untuk menguji produk dan perkhidmatan mereka dalam persekitaran sebenar, yang berpotensi dilaksanakan dalam inisiatif bandar pintar Hulu Kelang.

Bacaan Berkaitan

  • CelcomDigi akhirnya tawar pas akses 5G percuma untuk Postpaid 40 dan Postpaid 60
  • CelcomDigi tawar program sewa beli RydeEV serendah RM169/bulan
  • CelcomDigi Postpaid 5G 260 tawar 5G tanpa had dan jalur lebar 300Mbps dalam satu pelan
Tags: CelcomDigimpaj
Najib

Najib

POPULAR

CelcomDigi bantu MPAJ transformasi Hulu Kelang menjadi bandar pintar digital bersepadu

CelcomDigi bantu MPAJ transformasi Hulu Kelang menjadi bandar pintar digital bersepadu

6 February 2024
Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

Honor X6c tiba di Malaysia, telefon murah tahan lasak dengan butang AI boleh suai

13 June 2025
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

Siri Infinix Smart 10 dilancar, telefon murah dengan bateri besar 6,000mAh & ada NFC

10 June 2025
Realme C71 akan dilancar pada 12 Jun, hadir dengan bateri 6,300mAh & kamera 50MP

Realme C71 rasmi di Malaysia, telefon bawah RM500 dengan bateri besar 6,300mAh

12 June 2025
Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

Menyambut era tanpa tunai, kemudahan yang bermanfaat buat semua

25 March 2025

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER