• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

KTM kini sokong sistem pembayaran terbuka, ada pilihan Apple Pay & Samsung Pay

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 3:05 pm
  • 09/02/2024
  • Komen
240209 - Sistem Pembayaran Terbuka KTMB
Share on FacebookShare on Twitter

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) kini menyokong sepenuhnya Sistem Pembayaran Terbuka di semua stesen Lembah Klang dan semua stesen Komuter Utara termasuk Ipoh yang melibatkan 80 stesen.

Sistem pembayaran terbuka itu merupakan kemudahan untuk komuter sahaja dan tidak melibatkan ETS. Ini kerana ETS memerlukan pengguna membeli tiket secara dalam talian yang melibatkan pemilihan tempat duduk tertentu dan terhad.



240209 - Sistem Pembayaran Terbuka KTMB
Sumber: KTMB

Dalam ucapan perasmiannya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menyampaikan ucapan syabas kepada KTMB kerana berjaya membangunkan projek sistem pembayaran terbuka itu dengan dana dalaman tanpa sebarang suntikan dari belanja pembangunan kerajaan.

Pembayaran terbuka KTMB

Dengan pelancaran sistem itu, ia membolehkan pembayaran perjalanan dibuat menggunakan kad debit, kad kredit, pembayaran digital e-dompet dan mod bercirikan komunikasi medan berhampiran (NFC) di pintu kawalan automatik, sekali gus memudahkan proses pembayaran dalam masa singkat. 



Berikut senarai pilihan pembayaran yang boleh digunakan pengguna KTM:

  • KTM eWallet (KITS)
  • Kad debit
  • Kad kredit (Visa, Mastercard)
  • Kad Touch n Go
  • Apple Pay
  • Samsung Pay

Anda boleh tonton video di bawah untuk mengetahui cara sistem pembayaran terbuka KTM berfungsi:

[Sumber: KTMB, Berita Harian]

Berita berkaitan:

  • KTM Komuter akan terima bayaran kad kredit, Apple Pay dan Samsung Pay tidak lama lagi
  • KTM Komuter kini terima pembayaran kad separa terbuka dengan baki minima RM30
  • MyRailLife dilancar, perkhidmatan percuma KTM Komuter bagi OKU & pelajar, pendaftaran dibuka sekarang
Tags: apple paykad debitKad kreditKTMKTM KomuterKTMBsamsung payTouch n Go
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

240209 - Sistem Pembayaran Terbuka KTMB

KTM kini sokong sistem pembayaran terbuka, ada pilihan Apple Pay & Samsung Pay

9 February 2024
CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

CelcomDigi tawar ansuran 0% faedah 6 bulan menerusi SPayLater untuk telefon 5G terpilih

30 July 2026
Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

Tecno Pova 8 5G dilancar di Malaysia dengan bateri gergasi 8,000mAh, harga RM1,399

27 July 2026
Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

Samsung Wallet kini sokong pembayaran QR Maybank MAE di Malaysia

25 July 2026
Samsung lancar Galaxy A07 5G, telefon 5G bajet dengan sokongan OS 6 tahun

Samsung umum kenaikan harga untuk Galaxy A17 dan Galaxy A07 di Malaysia

27 July 2026
Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

Facebook Verified: Ini perkara anda perlu tahu tentang lencana percuma baru Meta

27 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN