• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Harga unifi 100Mbps kekal tidak berubah selepas 24 bulan

  • OLEH Najib
  • 11:10 am
  • 18/11/2018
  • Komen
Harga unifi 100Mbps kekal tidak berubah selepas 24 bulan
Share on FacebookShare on Twitter

Kecoh alam maya apabila Telekom Malaysia (TM) dikatakan akan menaikkan harga pelan unifi Lite 100Mbps selepas tamat tempoh kontrak 24 bulan. Pelan unifi Lite 100Mbps kini ditawarkan dengan harga RM129, dikatakan akan menjadi RM159 selepas 24 bulan langganan.

Perkara ini disebut di dalam FAQ unifi di mana pelanggan unifi 100Mbps perlu membayar RM159 selepas bulan ke-24 langganan. Tetapi pelanggan unifi Basic 30Mbps masih kekal dengan kadar langganan yang sama, RM79 sebulan selepas bulan ke-24.



FAQ unifi pada 15 November 2018

Sudah pasti ini menimbulkan kemarahan ramai pihak kerana ia tidak dimaklumkan sebelum ini. Perubahan di dalam FAQ ini ditemui baru-baru ini.



Untuk itu, rakan kami di SoyaCincau telah menghubungi pihak sokongan pelanggan TM menerusi Live Chat dan bertanyakan tentang perkara ini. Tetapi lain pula jawapannya kerana mereka memaklumkan harga pelan unifi 100Mbps akan kekal sama selepas 24-bulan, iaitu RM129 sahaja.

Perkara ini kemudiannya disahkan oleh TM menerusi kenyataan mereka di Twitter. TM meminta maaf di atas kekeliruan yang berlaku dan menegaskan, bayaran pelan unifi 100Mbps akan kekal RM129 selepas 24-bulan.

On the concerns raised on our @unifi 100Mbps plan, TM would like to clarify that the monthly charges remain the same at RM129 post the 24-month contract. We apologise for the confusion caused and we are updating the information published on our website as soon as we can.

— TM Group (@myTMgroup) November 17, 2018

FAQ unifi di laman web TM juga dilihat telah dikemaskini dan mereka telah membuang bahagian harga pelan selepas 24-bulan.

FAQ unifi pada 17 November 2018

Untuk rujukan, pelan unifi Lite 100Mbps menawarkan internet tanpa had kuota, dengan kelajuan muat turun sehingga 100Mbps dan muat naik sehingga 50Mbps. Ia disertakan dengan telefon DECT bersama panggilan percuma sebanyak 600 minit. TM turut memberikan unifi TV percuma dengan pilihan pek Varnam+, Aneka+ atau Ruby+.

TM seharusnya lebih peka dalam pengurusan mereka, terutama selepas Standard Mandatori Mengenai Harga Capaian (MSAP) dilaksanakan, dengan kelajuan jalur lebar ditingkatkan dan harga pelan diturunkan. Sudah banyak kisah pengguna yang kecewa dengan ketidak seragaman harga pelan TM yang membuatkan ramai beralih arah, seperti dalam laporan kami tentang:

  • Ini Sebab 3 Orang Kawan Saya Berhenti Melanggan TM Unifi.
Tags: TMUnifi
Najib

Najib

POPULAR

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

Pekerja e-hailing Grab tuntut keadilan, Tribunal Pekerja Gig dengarkan kes pertama

9 September 2026
Harga unifi 100Mbps kekal tidak berubah selepas 24 bulan

Harga unifi 100Mbps kekal tidak berubah selepas 24 bulan

18 November 2018
Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

Apple naikkan harga iPhone 17, 17e & iPhone Air sehingga RM1,300 di Malaysia

10 September 2026
iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

iPhone 18 Pro & 18 Pro Max Malaysia: Kamera apertur boleh ubah, cip A20 Pro, harga dari RM5,499

10 September 2026
iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

iPhone Duo Malaysia: Peranti lipat pertama Apple, skrin 7.6” sokong Apple Pencil, harga dari RM9,499

10 September 2026
Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

Belum dilancar, rekaan iPhone 18 Pro & iPhone lipat “Ultra” sudah terdedah menerusi dbrand

9 September 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN