• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Jenama Astro

Astro bukan lagi monopoli satelit tetapi masih tiada pesaing

  • OLEH Najib
  • 5:36 pm
  • 21/11/2018
  • Komen
Astro bukan lagi monopoli satelit tetapi masih tiada pesaing
Share on FacebookShare on Twitter

Tahukah anda, Astro diberikan hak eksklusif penyiaran satelit di Malaysia selama 20 tahun, dari tahun 1997 sehingga 28 Februari 2017? Selepas itu, Astro masih memegang lesen penyiaran satelit sehingga 2020, bersama empat lagi syarikat yang turut sama diberi lesen penyiaran satelit.

Perkara ini dibentangkan di parlimen selepas Ahli Parlimen Lenggong, Shamsul Anuar Nasarah bertanya tentang tindakan kerajaan untuk menghentikan monopoli Astro. Menjawab persoalan ini ialah Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Eddin Syazlee.



Beliau menjelaskan, Astro tidak lagi memegang hak eksklusif penyiaran satelit. Sebaliknya kerajaan telah meluluskan empat lagi lesen penyiaran satelit kepada empat syarikat iaitu:

  • Ansa Broadcast Sdn Bhd
  • Jaringan Mega Sdn Bhd
  • Smart Digital International (M) Sdn Bhd
  • High End Net Sdn Bhd

Selain penyiaran satelit, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah mengeluarkan lesen Penyedia Servis Kandungan Aplikasi (CASP) kepada 35 lagi syarikat, yang menyediakan servis penyiaran kandungan menerusi pelbagai platform selain satelit, seperti penyiaran percuma (FTA), Internet Protocol TV (IPTV) dan Penyiaran TV Terestrial Digital (DTTV).



Eddin Syazlee menambah, orang ramai kini memiliki banyak pilihan untuk menikmati kandungan menerusi platform ‘Over-The-Top’ (OTT) seperti Tonton, iflix dan Netflix.

Yang menjadi masalahnya sekarang, keempat-empat syarikat pemegang lesen penyiaran satelit tadi masih belum memulakan operasi mereka, walaupun lesen eksklusif Astro telah tamat lebih dari setahun.

Tidak dapat dipastikan kenapa, tetapi kekangan besar yang dapat dilihat ialah masalah kandungan penyiaran. Astro merupakan pemegang hak eksklusif penyiaran siaran langsung banyak acara sukan, seperti bolasepak Liga Perdana Inggeris, bolasepak Liga Juara-Juara Eropah, Piala Dunia, dan banyak lagi.

Astro juga bekerjasama secara ekslusif dengan banyak pengeluar kandungan antaranya seperti HBO yang popular dengan siri dari Amerika Syarikat seperti Game of Thrones dan The Walking Dead. Selain itu, Astro juga menghasilkan kandungannya sendiri seperti saluran berita Astro Awani, selain pelbagai rancangan lawak dan komedi seperti Gegar Vaganza dan Maharaja Lawak.

Kerana itu, hak platform penyiaran sahaja tidak menjamin kelangsungan sesebuah syarikat penyiaran, tetapi kandungan yang disediakan adalah lebih penting untuk menarik lebih ramai pelanggan.

Telah banyak syarikat sebelum ini cuba mencabar Astro dengan melancarkan saluran TV kabel tetapi banyak yang kecundang dan tidak muncul kembali.

Bagaimana dengan anda, adakah anda masih lagi melanggan Astro? Atau anda sudah beralih kepada platform lain dan selesa dengannya?

Tags: astro
Najib

Najib

POPULAR

Astro bukan lagi monopoli satelit tetapi masih tiada pesaing

Astro bukan lagi monopoli satelit tetapi masih tiada pesaing

21 November 2018
Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

Amazfit Balance 3 & Balance Ultra: Jam pintar untuk latihan HYROX, bateri sehingga 30 hari

13 July 2026
GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

GXBank kini tawar eSIM Firsty dalam aplikasi, pelanggan baharu dapat pulangan tunai 100%

13 July 2026
Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

Huawei Pura 90s Pro dan Pro Max akan tiba di Malaysia 14 Julai, tempahan awal sudah dibuka

6 July 2026
Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

Microsoft Surface Pro 12 & Surface Laptop 8 dikuasakan Snapdragon X2 kini rasmi, dari RM6,999

9 July 2026
RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

RedMagic 11S Pro rasmi: Snapdragon 8 Elite & bateri 7,500mAh, harga bermula RM3,799

7 July 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN