• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Vakum tanpa wayar Samsung Bespoke Jet Plus, harga bermula RM3,899

  • OLEH Asyikin Md Isa
  • 9:06 pm
  • 06/03/2024
  • Komen
240306 Vakum Samsung Bespoke Jet Plus
Share on FacebookShare on Twitter

Samsung Electronics Malaysia melancarkan vakum Bespoke Jet Plus edisi terbaharu. Pelbagai ciri terkini ditawarkan pada vakum keluaran Samsung itu seperti tong sampah mesra pengguna serta paparan digital LCD.

Vakum tanpa wayar Samsung itu hadir dengan tiga versi yang boleh dijadikan pilihan iaitu Bespoke Jet Plus Premium Extra, Bespoke Jet Plus Premium dan Bespoke Jet Plus Pet. Kesemua versi berkongsi fungsi yang sama seperti:



240306 Vakum Samsung Bespoke Jet Plus
  • Kuasa sedutan maksimum 210W
  • Kapasiti tong sampah 0.5 liter
  • Kapasiti beg habuk 2.0 liter
  • Kemampuan menapis sehingga 99.999% kotoran 
  • Aksesori Pet Tool+ yang sesuai untuk bersihkan bulu haiwan peliharaan
  • Paparan digital LCD yang berikan info mengenai tahap kuasa, baki masa operasi, pemberitahuan ralat dan status pengecasan
240306 Vakum Samsung Bespoke Jet Plus
Aksesori Pet Tool+

Vakum Bespoke Jet Plus menggabungkan fungsi penyedutan kering dan mengelap lantai. Ia juga menampilkan sistem All in-one Clean Station dengan teknologi Air Pulse, yang dapat mengosongkan beg habuk dan mengecas dengan sendirinya.

Vakum itu mempunyai tong sampah sendiri yang mesra pengguna, yang terletak pada stesen pengecas. Jadi anda tidak perlu bersusah-payah untuk membuka kantung dan membuangnya secara manual.



Paparan digital LCD
Beg habuk 2.0L

Terdapat dua perbezaan antara ketiga-tiga versi vakum keluaran Samsung itu. Pertamanya melibatkan aspek ketahanan bateri. Versi Premium Extra dapat bertahan sehingga 2 jam, manakala versi Premium dan Pet pula dapat digunakan untuk tempoh maksimum 1 jam. Perbezaan kedua pula adalah dari aspek berus dengan versi Premium Extra dan Premium dilengkapi berus LED. Versi Pet pula diberikan berus dwijet.

240306 Vakum Samsung Bespoke Jet Plus
Berus dwijet

Bagi anda yang berminat untuk memiliki vakum tanpa wayar Samsung Bespoke Jet Plus, ia dijual pada harga bermula:

  • Bespoke Jet Plus Premium Extra –  RM4,599
  • Bespoke Jet Plus Premium – RM4,199
  • Bespoke Jet Plus Pet – RM3,899

Bagi setiap pembelian vakum tanpa wayar Samsung sepanjang tempoh promosi pelancaran, bermula 1 Mac hingga 30 April 2024, anda akan mendapat jaminan percuma 5 tahun.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk, anda boleh layari laman web Samsung.

Bacaan berkaitan:

  • Guna Samsung Galaxy S24 Ultra rakam gambar bumi dari angkasa
  • Samsung perkenal kad mikro-SD berkelajuan 800MB/s, lebih pantas dari SSD
  • Samsung kuasai stesen MRT terbesar, TRX penuh paparan Galaxy S24
Tags: bespoke jet plusBespoke Jet Plus PetBespoke Jet Plus PremiumBespoke Jet Plus Premium Extrasamsungsamsung bespoke jet plusvakum samsungvakum tanpa wayar
Asyikin Md Isa

Asyikin Md Isa

POPULAR

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

Kenapa akaun TNG eWallet boleh digantung sementara, dan apa yang perlu anda tahu

27 January 2026
Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

Dongfeng 007 Malaysia: Sedan elektrik berkuasa 536hp, harga dari RM161k

6 February 2026
240306 Vakum Samsung Bespoke Jet Plus

Vakum tanpa wayar Samsung Bespoke Jet Plus, harga bermula RM3,899

6 March 2024
TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

TIPS: Cara cari arah kiblat tanpa menggunakan aplikasi

19 August 2024
Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

Dongfeng Vigo dilancar di Malaysia, SUV elektrik kompak RM100k saingi BYD Atto 2

5 February 2026
Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

Shopee SpayLater: Kebaikan, Keburukan & Cara Terbaik Menggunakannya

8 May 2024

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER

Copyright © 2023 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)3

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • DISCLAIMER