Saya ada tonton rancangan TV ni. Ia tampil seorang pegawai bomba yang berikan nasihat tentang pengecasan EV.
@soyacincautiktok Saya ada tonton rancangan TV ni. Ia tampil seorang pegawai bomba yang berikan nasihat tentang pengecasan EV. Kami bawa EV Chapree dan ujinya di dunia sebenar #soyacincautiktok #BYD #fyp #longervideos #byddolphin #EV #eletricvehicle ♬ original sound – SoyaCincautiktok
Berikut adalah empat nasihat yang telah saya rumuskan apabila menonton petikan tersebut:
- Parkir kenderaan EV dalam kotak yang disediakan sebelum mengecas
- Elakkan mengecas sewaktu hujan
- Pastikan tangan dan nozel kering sebelum mengecas.
- Tanggalkan nozel sebelum memandu pergi
Sememangnya ia adalah nasihat yang sangat berguna buat pengguna EV. Namun untuk lebih kepastian, saya dan rakan penulis, Chapree, pergi menguji beberapa nasihat itu di lokasi yang sama video itu dirakamkan iaitu di Sunway Serene.
Kedudukan lubang pengecas EV adalah pelbagai. Ia bukanlah seperti kenderaan petrol yang terletak sama ada di kiri atau kanan berhampiran penumpang belakang. Kedudukan port pengecas EV kadangkala ada di depan, sisi depan, ataupun sisi belakang.
Jadi anda kena pastikan kedudukan port pengecas sebelum masuki petak parking dan kurangkan stress kepada kabel pengecas. Mungkin sekarang kabel pengecas ini masih keras. Tapi lambat laun disebabkan wear-and-tear pastinya lapisan getah penebat ini akan terjejas.
Jangan cas EV sewaktu hujan?
Nasihat kedua adalah elak cas kenderaan sewaktu hujan. Katanya takut litar pintas. Untuk pengetahuan anda, kelengkapan pengecas ini ada macam-macam ciri keselamatan.
Sama macam semua peralatan elektrik, ia ada fuse. Butang kecemasan pun ada, malahan ada dua. Satu di sini dan satu lagi 15 meter daripada pengecas.
Lagipun, memang standard tetapkan pengecas perlu ada ip rating sekurang-kurangnya IP54 ataupun kalis hujan. Bukan kalis air sampai rendam. Jadi saya demo dengan botol penyembur ini di Sunway Serene.
Tapi, di sebelah lewat petang, hujan turun sangat lebat dan kami pergi ke stesen EV di UOA Bussiness Park untuk mencuba pengecas di sana yang tidak berbumbung.
Seperti yang dijangka, tiada sebarang masalah untuk mengecas EV.
Bahaya nozel tersangkut di EV?
Nasihat yang terakhir adalah untuk tidak lupa mencabut nozel sebelum memandu pergi. Perkara ini hampir mustahil berlaku kerana ia adalah salah satu sistem keselamatan asas pada sebuah EV. Kami cuba untuk memandu pergi dalam keadaan nozel bersambung, sama ada mengecas ataupun tidak namun gagal. Kereta tidak mahu untuk masuk ke mode Drive. Malahan, teradapat mesej ralat keluar untuk memaklumkan kami supaya menanggalkan nozel daripada port pengecas.
Itulah dia demonstrasi dunia sebenar untuk sahkan nasihan pegawai bomba tadi. Sebenarnya ada banyak lapisan keselamatan yang diletakkan pada EV dan pengecasnya.
Jadi jangan ragu-ragu untuk gunakan EV. Jangalah pula anda buat benda-benda ekstrim macam rendah nozle dalam air, cucuk lubang pengecas dengan objek besi. Bahaya tu ada, cuma jangan dicari.
Bacaan berkaitan
Chery Omoda E5 Malaysia: SUV elektrik berjarak kembara 460km dan harga bawah RM150k
Ora 07 Malaysia: Sedan elektrik pesaing BYD Seal ini ada kerusi urut
BYD Seal “laris teruk” di Malaysia, promo kredit Gentari & ChargEV dilanjutkan