[Artikel ini dibawakan oleh Samsung]
Anda pernah dengar tentang Samsung Knox Vault? Ia adalah sejenis sistem keselamatan bertaraf tinggi yang dipasang ke dalam peranti Samsung, termasuk peranti kelas pertengahan seperti Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G. Dengan Samsung Knox Vault, data peribadi anda lebih selamat dan dilindungi daripada penceroboh.
Bagaimana Samsung Knox Vault melindungi anda?
Samsung mencipta Knox Vault sebagai cip tambahan di dalam telefon dan diasingkan daripada pemproses utama dan memori. Ini untuk melindungi data di dalamnya daripada diceroboh secara perisian atau melalui perkakas.
Data penting yang tersimpan di dalam Knox Vault adalah data kritikal seperti maklumat kunci skrin macam nombor PIN, kata laluan dan pattern. Ia juga menyimpan kekunci penyulitan (encryption) serta data peribadi yang disulitkan di dalam peranti. Hanya pengguna yang mempunyai bukti kelayakan skrin kunci yang betul sahaja boleh mengakses data tersebut. Jadi semua data kritikal ini tidak boleh diakses walaupun peranti itu hilang atau dicuri.
Auto Blocker
Salah satu ciri keselamatan tambahan yang disediakan di dalam Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G adalah Auto Blocker. Ia sangat berguna untuk melindungi pengguna dari serangan jahat dan penjenayah siber.
Antaranya, ia akan menghalang aplikasi dipasang dari sumber yang tidak dibenarkan. Ia juga akan memeriksa aplikasi yang dipasang dari sebarang aktiviti hasad.
Mungkin anda tidak tahu tetapi paling penting, Auto Blocker boleh menghalang arahan yang disalurkan dari kabel USB, cara yang sering digunakan penjenayah siber untuk menceroboh secara fizikal. Ada juga penjenayah yang menggunakan cara ini menerusi port USB awam seperti di kedai makan atau lapangan terbang. Dengan Auto Blocker, peranti anda dilindungi.
Satu lagi cara penjenayah siber menceroboh adalah menggunakan gambar di dalam permesejan. Gambar boleh digunakan untuk membawa kod hasad tanpa disedari pengguna, tetapi Auto Blocker akan menghalangnya.
Maklumat Privasi dan Keselamatan setempat
Telefon pintar Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G turut dilengkapi dengan ciri “Security and Privacy Dashboard“. Ia menyediakan tempat sehenti untuk pengguna memeriksa dan mengawal dengan mudah, sebarang kebenaran yang diberikan kepada aplikasi.
Pengguna juga dapat menikmati perkongsian fail yang selamat menerusi “Private Sharing“. Selain menyediakan sambungan yang disulit dan selamat untuk menghantar data peribadi termasuk gambar dan video, pengguna juga boleh mengawal kebenaran dan akses untuk penerima seperti taraikh luput kebenaran, jenis gambar dan sebagainya.
Jaminan kemaskini keselamatan panjang
Samsung merupakan satu-satunya pengeluar Android yang menjamin kemaskini OS dan keselamatan yang panjang untuk hampir semua perantinya, termasuk peranti kelas permulaan. Bagi Galaxy A35 dan Galaxy A55, Samsung menjamin kemaskini OS Android dan One UI sebanyak 4 kali atau sehingga Android 18, serta kemaskini keselamatan selama 5 tahun.
Selain penuh dengan ciri keselamatan dan penyulitan data, pengguna Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G juga akan dilindungi untuk jangka masa yang lama.
Dapatkan Samsung Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G sekarang dengan hadiah percuma bernilai sehingga RM828. Berlangsung sehingga 30 April 2024, pembeli Galaxy A35 5G akan menerima 2 tahun jaminan Samsung Care+, manakala pembeli Galaxy A55 5G akan mendapat fon putik Galaxy Buds FE dan lanjutan jaminan 1-tahun. Pembeli Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G juga boleh mendapat diskaun sehingga 30% untuk membeli peranti boleh pakai dan aksesori Samsung.
Untuk maklumat lanjut, layari laman web Samsung Galaxy A35 5G dan Galaxy A55 5G.