Dua fenomena astronomi yang boleh anda perhatikan berlaku dalam bulan Mac 2024 ini adalah ekuinoks Mac dan juga hari tampa bayang. Kalau anda terlepas pun usahlah khuatir kerana ia berlaku dua kali setahun.
@soyacincautiktok 20 Mac 2024, ada benda menarik berlaku di langit! Tapi, 27 Mac 2024, ada benda menarik akan berlaku! #ekuinoks #ekuinoksmac #mac2024 #siang #malam #malaysia #soyacincautiktok #fyp ♬ original sound – SoyaCincautiktok
Ekuinoks berlaku 2 kali setahun
Seperti yang kita sedia maklum, bumi berputar pada paksi sambil beredar mengelilingi matahari. Ada suatu ketika yang kedudukan bumi relatif kepada matahari menghasilkan sesuatu yang unik untuk dicerap.
Misalnya, dalam bulan Mac dan bulan September kedudukan bumi relatif kepada matahari berada dalam keadaan kutub utara dan selatan kita mempunyai jarak yang hampir sama dengan matahari.
Pada ketika itu, ia menyebabkan peredaran malam dan siang bumi menjadi sama. Makanya, tempoh malam dan siang di bumi pada hari tersebut adalah kira-kira 12 jam tidak kiralah di mana anda berada, termasuklah di kutub utara ataupun selatan.
Orang zaman purba sudahpun mencerap kejadian ini dan mereka melabelkannya sebagai equinox. Dalam bahasa latin, “equi” bermaksud “sama” manakala “nox” bermaksud “malam”.
Berbalik kepada zaman moden, ekuinoks 2024 akan berlaku pada 20 Mac dan satu lagi 22 September dan ia menandakan bermulanya musim bunga di hemisfera utara dan musim luruh di hemisfera selatan.
Hari tanpa bayang di garisan khatulistiwa dan Malaysia
Satu lagi fenomena yang boleh dicerap pada hari ekuionoks adalah “hari tanpa bayang”. Ia berlaku sepanjang garisan khatulistiwa pada tepat jam tengah hari kerana matahari terpacak dalam sudut tegak lantas.
Lokasi lain juga ada alami hari tampa bayang yang tersendiri dan ia bergantung kepada latitud nya relatif kepada garisan khatulistiwa. Kawasan di hemisfera utara dan yang menjauhi garisan khatulistiwa akan alaminya lebih lewat.
Contohnya, hari tampa bayang di Kuala Lumpur adalah pada 27 Mac 2024 menurut jadual yang diterbitkan Planetarium Negara. Untuk makluman anda, KL terletak 3 darjah ke utara khatulistiwa. Johor Bahru yang berada jauh di selatan pula alaminya pada 24 Mac 2024 sementara mereka yang berada di Perlis alami pada 5 April 4 September.
Sumber: Planaterium