• English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Menu
  • English
  • 中文版
  • Berita
  • Feature
    • Reviu Produk
    • Tips & Tricks
  • Telefon Pintar
  • Telco
  • Komponen PC
Search
Close
Home Berita

Disney+ Hotstar naik harga dan 4 pelan baharu diperkenal

  • OLEH Hanif Azrai
  • 7:02 pm
  • 23/03/2024
  • Komen
Perkhidmatan strim video Disney+ akan beri saingan ketat buat Netflix
Share on FacebookShare on Twitter

Buat pelanggan Disney+ Hotstar ataupun yang berminat untuk melanggannya dalam masa terdekat, perlu anda ketahui yang akan perubahan harga langganan servis penstriman pesaing Netflix itu bermula 24 April 2024. Harga pelan sedia ada akan naik disamping pengenalan 4 lagi pelan baharu pada pelbagai paras harga.

Disney+ Hotstar Quaterly Premium RM79.90

Pelan langganan 3 bulan adalah satu-satunya pelan yang ditawarkan masa ini. Sewaktu dilancarkan, harganya adalah RM54.90. Struktur harga baharu menjadikan pelan yang sama akan dikenakan bayaran RM79.90 bermula 24 April 2024. Ia adalah kenaikan sebanyak RM25.



Di bawah pelan premium, anda boleh berstrim pada resolusi sehingga 4K UHD. Selain itu, anda boleh mewujudkan sebanyak 7 profil dan menjalankan 3 penstriman secara serentak. Kemudian, bilangan peranti yang dibenarkan melog masuk kepada akaun adalah sebanyak 10 dan ada kemudahan cast/Airplay diberikan.

Disney+ Hotstar Annual dan Monthly harga serendah RM24.90

Selain daripada pelan Quaterly sedia ada, pihak Disney+ Hotstar turut menawarkan pelan baharu. Berikut adalah senarai harga pelan baharu:



  • Annual Basic – RM214.90/tahun
  • Annual Premium – RM289.90/tahun
  • Monthly Basic – RM24.90/bulan
  • Monthly Premium – RM39.90/bulan

Empat pelan tersebut terbahagi kepada pelan tahunan dan juga pelan bulanan, kemudian dibahagikan lagi kepada pelan Basic dan Premium. Bermula dengan harga, pelan bulanan Basic dan Premium boleh dilanggan masing-masing pada harga RM24.90 dan RM39.90. Kemudian, untuk pelan tahunan, harganya adalah RM214.90/tahun untuk Basic dan RM289.90/tahun.

Beza pelan Basic daripada Premium adalah pada bilangan strim serentak. Basic hanya membenarkan 1 strim serentak yang bermakna kita tidak boleh berkongsi akaun dengan orang lain. Lain pula dengan Premium yang benarkan 3 strim serentak yang bermakna kos boleh dikongsi merentasi 3 individu. Misalnya pelan tahunan Premium RM289.90/tahun akan diterjemah kepada ~RM8/bulan untuk setiap individu.

Sumber: Disney+ Hotstar

Tags: Disneydisney hotstarDisney Plus Hotstar
Hanif Azrai

Hanif Azrai

Hanif Azrai ialah seorang Pembangun Kandungan Senior di SoyaCincau BM, portal teknologi #1 Malaysia. Dia menghasilkan kandungan berkualiti tinggi dan berinformasi sejak 2016.

POPULAR

Perkhidmatan strim video Disney+ akan beri saingan ketat buat Netflix

Disney+ Hotstar naik harga dan 4 pelan baharu diperkenal

23 March 2024
PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

PDRM uji Nissan Kicks e-Power selama 2 bulan untuk operasi barisan hadapan

7 August 2026
Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

Redmi A7 Malaysia: Telefon bajet bawah RM500 dengan skrin 120Hz & bateri 5,200mAh

7 August 2026
Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

Omoda C7 PHEV dibuka untuk tempahan di Malaysia, harga anggaran RM180,000

10 August 2026
Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

Siri Honor Pad 20 bakal tiba di Malaysia, ini spesifikasi yang dijangka ditawarkan

11 August 2026
Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

Redmi 17 4G & 5G kini di Malaysia dengan bateri 7,500mAh, harga dari RM699

7 August 2026

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com
Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN

Copyright © 2026 · SoyaCincau.com – Mind Blow Sdn Bhd (1076827-P)

  • URUSAN PENGIKLANAN
  • PENAFIAN